28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PMS mahu Rubin Balang dilantik sebagai Menteri

Sukimin…sokong Rubin dilantik sebagai Menteri.

TENOM:Persatuan Murut Sabah (PMS)menyokong kenyataan Timbalan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) Ansabung Kulayah yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kemabong Datuk Rubin Balang dilantik sebagai Menteri.

Ketua Penerangan PMS Sukimin Rukini berkata, dalam beberapa kerajaan yang terdahulu ada wakil suku kaum Murut dalam kabinet negeri Sabah tetapi dalam kerajaan Warisan Plus yang tumbang baru-baru ini, tiada wakil Murut dalam kabinet.

Katanya,   sudah sampai masanya wakil Murut diberi peluang untuk menganggotai kabinet bagi dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah(GRS)pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor 

“Ini penting bagi mengelakkan kaum ini dari terus merasa terpinggir serta mempunyai landasan tepat untuk menyuarakan segala masaalah dan cadangan kepada kerajaan untuk mempertingkatkan dari segi ekonomi, pendidikan serta sosiobudaya kaum Murut” katanya kepada media di sini menyokong kenyataan Ansabung di sini kelmarin.

Sukumin berkata, walaupun Rubin bertanding atas tiket bebas tetapi selepas menang beliau telah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah.

Justeru itu katanya, wajarlah Rubin dilantik sebagai Menteri bagi mewakili kaum Murut dalam kabinet negeri.

Minggu lepas Ansabung berkata, rakyat Kemabong memohon supaya Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)yang kini dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kemabong Datuk Rubin Balang sebagai Menteri atau sekurang-kurangnya Pembantu Menteri.

Katanya, Rubin yang memenangi kerusi DUN Kemabong atas tiket bebas adalah penyumbang kepada kerusi GRS bersama dua lagi calon bebas iaitu Datuk Masiung Banah (Kuamut)dan Rudy Awah(Pitas).

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS)memenangi kerusi DUN Kemabong atas tiket bebas dengan majoriti 1,012 dengan perolehan undi 4,214 menewaskan calon Upko Datuk Dr. Lucas Umbul 3,202, Datuk Raime Unggi BN-Umno 2,966, Juster Peter LDP 268, Tai Jin Kiong @ Alfred 229 dan Rainus Sagulau USNO 73. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN