27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS Tanjung Aru jayakan Majlis Berkhatan beramai ramai

Penyampaian sumbangan bantuan daripada PMBS Cawangan Tanjung Aru melalui Pengerusi, Pg Alliyuddin kepada penasihat Mesjid Al-Kauthar Tanjung Aru

Oleh: Haji Mohd Amin Haji Muin

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) Tanjung Aru berkeloborasi dengan Pejabat Parlimen Putatan dan Surau Al-Amin Kg Tanjung Aru Baru menjayakan Majlis Berkhatan beramai ramai anak anak Kg Tanjung Aru.


Sermai 30 orang kanak- kanak telah dikhatankan pada majlis itu yang dirasmikann oleh wakil Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmy bin Yahya iaitu Encik Suffian Datuk Haji Imam Matin.


Suffian yang juga Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya dalam ucapannya berterima kasih jepada pihak penganjur majlis ini yang akan dapat meringankan beban ibu bapa dari segi kos berkhatan.

Menyaksikan acara berkhatan beramai ramai di ruang Surau Al-Amin, Pg Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin, Pengerusi PMBS.


Dalam majlis itu PMBS Tanjung Aru mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada Pengerusi Surau Al-Amin dan Penasihat Mesjid Al-Kauthar Tanjung Aru (MAKTA).

Hadir sama pada majlis ini, Pengerusi (Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) Tanjung Aru, Pengiran Allyuddin Pg Ahmad Tajudin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN