29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG MERUNTUM

GAMBAR – Bendahari Agung PMBS, Datuk Hj Awang Buthamam (dua kanan) menyampaikan sumbangan RM5,000 PMBS kepada Pegawai Daerah Putatan, Hj Zainuddin Awang sambil diperhatikan okeh Mohd Arifin, Ahmad Shah dan Hj Liman.

0leh: Haji Amin Haji Muin

PUTATAN: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 dan barang-barang makanan harian kepada mangsa kebakaran di Kampung Meruntum di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Putatan petang tadi.

Sumbangan disampaikan oleh Bendahari Agung PMBS Pusat, Datuk Haji Awang Buhtamam Haji Awang Mahmun kepada Pegawai Daerah Putatan, Haji Zainuddin Awang.

Majlis penyampaian sumbangan itu disaksikan oleh Presiden PMBS, Datuk Haji Mohd Arifin Arif, Naib Presiden PMBS, Datuk Haji Ahmad Shah Mohd Talib, Penolong Pegawai Daerah Putatan (Pentabiran), Encik Mohd Ikram Datuk Aidi, Ado Pembangunan Encik Nelson, PPM Petagas Encik Latip Jiar, Pengerusi Biro Kebajikan PMBS, Haji Liman Yusof, Ketua Penerangan PMBS, Haji Mohd Amin Hj Muin, AJP PMBS, Encik Ahmad Mahmod.

Mohd Arifin ketika bercakap kepada media selepas penyerahan bantuan PMBS kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan.

Bercakap kepada media di majlis itu Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas Tugas Khas Sabah berkata bantuan dari badan-badan bukan kerajaan termasuk yang diusahakan oleh PMBS akan dapat meringankan beban mangsa dan pihak-pihak yang menguruskan keperluan harian mangsa-mangsa kebakaran itu.

Mohd Arifin berkata badan2 ngo dan orang perseorangan yang ingin menyampaikan sumbangan bolehlah berhubung dengan Jawatankuasa Bencana Daerah agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Mohd Arifin bersama AJP PMBS serta Zainuddin dan yang lain bergambar kenangan di depan puntu masuk Pejabat Daerah Putatan

Sementara itu Haji Zainuddin berterima kasih kepada PMBS dan ngo-ngo lain yang telah menghulurkan sumbangan kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah untuk diagih-agihkan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Dalam kejadian kebakaran 15-5-2021 itu kira-kira 35 buah rumah musnah dijilat api dan mereka di tempatkan di Dewan Seragai Putatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN