24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS CAWANGAN WESTON BERJAYA ADAKAN PROGRAM PAUTAN KASIH RAMADAN

Konsul Brunei Darussalam, Haji Mohammad Asrul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada program itu sambil diperhati oleh Hj Liman (empat kanan) dan pemimpin tempatan yang hadir.

OLEH: HAJI MOHD AMIN HJ MUIN

BEAUFORT: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Weston di sini berjaya menganjurkan Program Pautan Kasih Ramadan Kariah Weston 1445 Hijrah di sini pada petang Sabtu.

Program dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Masjid Nurul Iman Weston ini bertujuan mengukuhkan jalinan silatulrahim dan ukhuwah Islamiah penduduk tempatan bersama pemimpin.

Pengerusi PMBS Weston yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat ( AJP) PMBS, Haji Liman Hj Yusof berkata program ini juga untuk mengimarahkan masjid dibulan Ramadan Almubarak ini dengan pengisian ilmu dan amal ibadah seperti Penyampaian Tazkirah serta Menunaikan Solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih.


” Program yang diadakan setiap tahun ini juga untuk menghargai dan meningkatkan Pautan Kasih Sayang terhadap ahli masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya pada majlis itu.

Haji Liman berkata pada majlis ini juga disampaikan sumbangan sedekah dan amal jariah kepada golongan asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan warga emas.

CERIA…156 penerima ceria menerima sumbangan disampaikan oleh Hj Mohammad Asrul untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri mereka tahun ini

Turut hadir pada majlis yang penuh meriah ini ialah Encik Mohd Muzahid bin Mohd Shukur, Ketua Pentadbir MUIS Cawangan Beaufort mewakili Ketua Pegawai Eksekutif(CEO)MUIS,Encik Ramlan Ag Ali, Konsul Negara Brunei Darussalam di Sabah, Haji Mohammad Ashrul bin Haji Abdul Samad, Pengerusi PMBS Weston(AMT PMBS Pusat), Encik Abd Aziz Haji Lajim, Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Wakil Rakyat Lumadan, Datuk Haji Roslan bin Haji Muharram ,Pengerusi Masjid Nurul Iman Kariah Weston Ismail bin Haji Kambar,Ketua Anak Negeri Weston, Wakil Ketua Anak Negeri Kariah Weston,Pengerusi Masjid Nurul Iman, Encik Ismail Non Haji Kambar,Pengerusi- Pengerusi Cawangan PMBS, Pemimpin- Pemimpin Masyarakat tempatan, NGO’s, AJK PMBS Cawangan Weston dan Ahli Masyarakat Weston serta kampung- kampung berdekatan.

Haji Liman berkata sambutan program ini amat baik dengan Kehadiran hampir 300 orang penduduk Kariah Weston dan penduduk- penduduk kampung berdekatan.

Penyampaian sedekah amal jariah disempurnakan oleh Konsul Negara Brunei Darussalam di Sabah, Haji Mohammad Asrul Haji Abdul Samad.


Turut menyampaikan sumbangan ialah Muzahid Mohd Shukur, Encik Abd Aziz bin Haji Lajim dan Encik Ismail
Haji Kambar.

Seramai 156 orang peserta menerima sedekah amal jariah ini. Haji Liman juga merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang, tetamu yang hadir dan pihak- pihak yang menjayakan program ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN