ADVERTISEMENTspot_img

PMBS AKAN TERUS BANTU USAHA KERAJAAN NEGERI MANTAP DAN PERKASA PERPADUAN KAUM: ARIFIN

KENANGAN….Mohd Arifin (tengah) bersama Naib Presiden 2 Datuk Hj Ahmad Shah Talip, (tiga kanan) Setiausaha Agung, Norhassan Hj Ismail, Ketua Penerangan, Haji Mohd Amin Hj Muin dan Bendahari Agung, Datuk Haji Ag Buthamam Hj Ag Mahmun (kiri sekali) yang dilantik semula kejawatan masing-masing bergambar kenangan bersama AJP yang menang sebelum mesyuarat bermula.

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa dan memantapkan lagi perpaduan kaum di negara ini.

Malah PMBS juga akan dijadikan sebagai jambatan kearah memperkukuh dan memperkasa perpaduan pelbagai etnik di wilayah ini.

Presiden PMBS Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif berkata dalam hubungan ini para pemimpin dan ahli PMBS hendaklah terus berusaha menjalin hubungan rapat dengan jabatan,agensi malah glc kerajaan negeri agar segala peluang bukan saja kearah memantapkan perpaduan kaum tetapi peluang ekonomi, pendidikan, Keusahwanan terus direbut oleh mereka.

(Gambar kiri) DIKEKALKAN…. Norhassan Haji Ismail menerima watikah pelantikan selepas dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PMBS, sambil diperhatikan Presiden PMBS, Haji Pg Japar Pg Osman, dan Naib Presiden II, Datuk Haji Ahmad Shah Talib. (Gambar kanan) TAHNIAH…. Haji Pg Japar Pg Osman menerima watikah pelantikan sebagai Naib Presiden I selepas dipilih tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Pemilihan PMBS yang diadakan baru-baru ini.

“Hubungan baik persatuan dengan kementerian-kementerian,jabatan-jabatan serta agensi Kerajaan Sabah amat penting agar persatuan dapat meninjau peluang-peluang yang ada untuk ahli-ahli PMBS di cawangan-cawangan”, katanya semasa mesyuarat pertama, penyerahan pelantikan dan lafaz ikrar semua AJP PMBS bsgi Sesi 2026-2028 di Dewan Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah ( SICC) di sini petang kelmarin.

Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata sokongan dan dukungan keatas segala usaha kerajaan untuk membangunkan wilayah ini dan rakyat terutama berkaitan memperkasa dan memantapkan perpaduan kaum wajar diberikan sokongan padu.

“Seperti yang sering saya tegaskan kalau boleh PMBS adalah antara peneraju utama atau pemangkin ke arah usaha murni ini,” tegasnya.

TAHNIAH…Haji Mohd Amin Hj Muin menerima watikah dari Mohd Arifin untuk jawatan Ketua Penerangan PMBS Pusat 2026-2028 sambil diperhati oleh Hj Pg Japar dan Datuk Hj Ahmad Shah.

Mohd Arifin memaklumkan aktiviti menjurus perpaduan kaum, meningkatkan ekonomi ahli, pendidikan dan budaya masyarakat Brunei akan terus diberikan fokus dan perhatian yang lebih serius oleh persatuan itu.

Beliau berkata beberapa program yang sudah dirancang sebelum ini akan diteruskan termasuk Festival Tahunan Baurung-Urung dan Ambuyat yang akan menyelitkan pelbagai acara kebudayaan dan makanan tradisional masyarakat Brunei di Wilayah Sabah.

Mohd Arifin juga merakamkan tahniah kepada AJP PMBS 2026-2028 yang menang dalam Mesyuarat Agung Pemilihan baru- baru ini dan yang baru dilantik serta berharap dapat menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan lebih cekap dalam sesi kali ini.

SIDANG MEDIA…Mohd Arifin semasa Sidang Media tentang halatuju PMBS 3 tahun akan datang.

Beliau juga turut merakamkan penghargaan khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh AJP 2023-2025 yang tidak terpilih.

Sebelum upacara penyerahan watikah pelantikan dan lafaz ikrar yang beliau ketuai, Presiden PMBS itu mengumumkan pelantikan AJP baharu dan juga Pengerusi-Pengerusi Biro serta peranan dan tanggunjawab yang perlu digalas oleh mereka. (Berita lanjut menyusul kemudian).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN