Salah seorang mangsa yang menerima sumbangan tersebut.
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan menerusi Sekretariat Komuniti DMR dan kerjasama Sekretariat UMNO Bahagian Labuan menghulurkan sumbangan kepada 17 keluarga mangsa kebakaran rumah di Taman Kianyap, pada Ahad.
Sumbangan berupa barang keperluan asas dan pakaian serta wang tunai itu sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa yang bukan sahaja kehilangan tinggal tetapi juga harta dalam sekelip mata.
Selain itu bntuan tersebut bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas keluarga terjejas, selain memberikan sokongan moral ketika mangsa berdepan situasi sukar susulan musibah berkenaan.
Usaha berkenaan turut mencerminkan semangat solidariti dan tanggungjawab bersama dalam membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan.
Dalam waktu yang sama sumbangan itu diharap dapat meringankan beban mangsa, sementara semua keluarga terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan serta membina semula kehidupan mereka.
Hadir sama dalam majlis penyerahan itu, Bendahari UMNO Bahagian Labuan, Musa Basman, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Basran Yunus, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Punggut, Ketua Puteri UMNO Bahsgian, Normiayati Jumat serta beberapa AJK UMNO Bahagian.
Pada Sabtu lalu 28 bilik rumah pekerja sebuah syarikat binaan di Taman Kianyap musnah dalam satu kebakaran yang mengakibatkan 17 penghuni hilang tempat tinggal.



