25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL tinjau kerosakan Anjung Ketam dan Negalang Seafood akibat dibadai ombak besar

ROSAK….Dr. Fary (tiga dari kiri) bersama Harun (dua dari kiri) dan Fadilah (kanan sejali) ketika meninjau kerosakan lantai restoran  Anjung Ketam Tanjung Aru.

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Dr Fary Akmal Osman melakukan tinjuan ke restoran Anjung Ketam Tanjung Aru dan Nagalang Seafood  di Kampung Nagalang yang rosak akibat dibadai ombak besar yang melanda Labuan pada malam Rabu lalu.

Beliau yang melakukan tinjuan pada petang tadi (Jumaat) turut disertai oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Raynie Datuk Mohd Din,  Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Subzon 5, Fadilah Eddy Abdul Khalid, Ketua Kampung Negalang/Kerupang, Rudy Nesar dan Ketua Kampung Tanjung Aru, Harun Damit.

Dalam tinjuan itu, Dr, Fary menjelaskan Perbadanan Labuan akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih infrastruktur dengan kadar yang segera.

Antara  kerja kerja baikpulih yang akan disegerakan  termasuklah membaiki jambatan   yang rosak di  restoran Negalang Seafood.

 Beliau berkata, kos untuk mebaik pulih jambatan tersebut dianggarkan  berjumlah RM35,000, namum ia bergantung kepada kerosakan lain yang berkaitan.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan warga Labuan supaya sentiasa berwaspada  serta mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan yang mudah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar yang sedang berlaku ketika ini  terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan pantai.

Pada lawatan itu, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) turut menghulurkan bantuan bakul makanan kepada peniaga yang terjejas akibat kejadian tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN