30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL terima RM3 juta menaik taraf kemudahan Taman Perumahan Mutiara & Taman LDA

LAWATAN…. Bashir (tengah) bersama Dr. Fary (dua kanan) ketika meninjau bangunan dewan komuniti Blok L Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun.

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias berkata, Perbadanan Labuan (PL) melalui Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menerima peruntukan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur  dan kemudahan di  Taman Perumahan Mutiara dan Taman LDA Kampung Sungai Bedaun.


Katanya, peruntukan RM3 juta itu masing masing telah disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM1.5 juta, manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  turut memperuntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi tujuan membaik pulih bumbung  rumah di Blok L Taman Perumahan Mutiara.


“Kementerian Kewangan telah memperuntukan RM1.5 juta  di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) 2020  bagi  melaksanakan kerja kerja menaik taraf  infrastruktur  dan kemudahan di kawasan Perumahan Taman Mutiara dan juga Taman Perumahan LDA, manakala  KPKT memperuntukan RM1.5 juta bagi kerja-kerja menyelengara dan membaik pulih bumbung rumah   kawasan Blok L Taman  Mutiara ” katanya.

NAIK TARAF…. Bashir  (tiga dari kiri) meninjau  jalan dan longkang yang telah dinaik taraf  di Blok L Taman Perumahan Mutiara.


Beliau yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan  berkata demikian ketika ditemui media  pada program Jelajah siri 3, Lawatan Tapak Projek   Menaik Taraf   Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)  yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, pada Khamis.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Awang Gani Yunus  dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal An. Manan.


Sementara itu, Dr Fary berkata, antara kerja-kerja menaik taraf di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang meliputi  keperluan penyelengaraan perumahan berstrata di Taman Perumahan Mutiara dan Taman Perumahan LDA termasuklah penyelenggaraan bangunan dewan dan surau, pembaikan susur tangga, kemudahan infrastruktur,  pembaikan jalan, perparitan, tempat meletak kenderaan dan sebagainya.


“ Terdapat tiga projek melalui kaedah perolehan sebutharga manakala 10 projek melalui cabutan undian berdasarkan pekeliling perbendaharaan dan daripada keseluruhan 13 projek, 12 projek telahpun siap sepenuhnya dengan bayaran dan empat daripadanya masih dalam proses membuat tuntutan bayaran.” katanya.


Beliau  berharap melalui pelaksanaan PRE 2020 ini dapat meningkatkan penyelenggaraan fasiliti kediaman demi kesejahteraan penduduk strata WP Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN