Gambar: JADUAL ACARA….Rithuan menunjukkan jadual acara Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 peringkat Labuan kepada media, pada Jumaat
LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) telah menyediakan sebanyak 30 acara sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022, peringkat Labuan yang akan diadakan bermula pada 24 Januari hingga 28 Febuari .
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail berkata, pelbagai program telah dirangka dengan pelaksanaannya dilakukan secara fizikal yang melibatkan beberapa lokasi strategik di kawasan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA) dan Ujana Kewangan Labuan.
“Namun semua acara yang telah disusun atur mengikut pematuhan prosedur operasi standart (SOP) COVID 19 dalam norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan” katanya pada sidang media di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.
Beliau berkata, sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia #SWHP2022 #WilayahKita dan #OurCityOurHome turut melibatkan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Penyiaran (RTM), Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Majlis Sukan Labuan serta persatuan persatuan sukan yang terdapat di Labuan.
Menurut Rithuan, Pertandingan Cabaran Tik Tok 2022 merupakan acara pembuka tirai sambutan Hari Wilayah Peringkat Labuan yang akan bermula pada 24 Januari dikuti dengan aktiviti pencahayaan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan pada malam 30 Januari.
Selain itu katanya, acara lain yang turut dijangka mengamit penyertaan orang ramai ialah Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, Pameran Keluarga Malaysia dan Pertandingan Mewarna Keluarga yang akan dilangsungkan (3 Febuari), jualan kopun tempat letak kereta dan diskaun bagi bayaran saman parkir kenderaan (4 Feb hingga 28 Feb), Kenduri Wilayah di KSLA (24 Feb), Pertandingan Tarian Zapin Kreatif dan Battle Of The Band yang di Dewan Utama Ujana Kewangan (18 &19 Feb).
Turut disenaraikan dalam acara sambutan itu nanti ialah Pertandingan Memancing Pesisir Pantai yang akan diadakan di Pantai Tanjung Batu (26 Feb), Ekspolarasi Wilayah 2022 dan Majlis Pelancaran Gelanggang Silat Pesaka dan Karnival Sukan Pantai (26 Feb) yang semuanya akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA).
Sementara itu katanya, Perbadanan Labuan juga akan menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang akan diadakan di semua masjid dan surau seluruh Labuan pada 3 Febuari.
Rithuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) turut menjelaskan semua peserta yang akan mennyertai acara sukan diwajibkan telah melengkapkan sekurang-kurangya dua dos vaksin COVID 19.
“Manakala bagi peserta dari luar Labuan digalakkan menjalani Ujian COVID 19 (jika perlu) sekurang-kurangnya ujian Saliva sebelum mereka menyertai mana-mana acara sukan” katanya.