29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PL rancang beberapa acara sukan pelancongan bagi memacu kembali sektor pelancongan  Labuan

PAMERAN…Bashir (empat dari kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (tiga dari kanan) meninjau pameran ikan hasil tangkapan Cabaran Memancing Laut Dalam LISC 2022 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL)  telah merancang beberapa acara sukan pelancongan yang akan diadakan sepanjang tahun ini sebagai usaha memacu semula  sektor pelancongan dan ekonomi Labuan.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias berkata, selain itu ia juga antara strategi baharu  bagi mempromosikan Labuan sebagai salah satu hub sukan di Malaysia.

Bagaiamanapun katanya bagi merealisasikan acara yang dirancang Berjaya untuk dilaksanakan, penglibatan  badan badan korporat adalah sangat dialu-alukan   untuk memberikan sokongan  dan bantuan dalam bentuk tajaan yang boleh membantu membiayai kos penganjuran.

“Sekiranya semua pihak memberi kerjasama dan sokongan, saya pasti Labuan mampu menawarkan lokasi pertandingan yang menarik setiap tahun dan  seterusnya akan memberikan keyakinan kepada penganjur untuk memasukkan Labuan sebagai siri jelajah bagi acara sukan di peringkat nasional dan antarabangsa” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis   penutupan dan penyampaian hadiah Labuan International Sea Challenge (LISC) 2022 yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan baru baru ini.

Menurut Bashir, beliau telah difahamkan antara acara yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini  termasuklan Labuan Team Trail 2022 pada Julai yang akan  disertai 800 peserta, Sukan Duathlon dan Triathlon (17 dan 18 September),  Borneo Art Festival (23 dan 25 September), dan Labuan Ride 2022 yang dikelolakan khas oleh kelab TSS Terengganu.

Menyentuh mengenai  LISC 2022 beliau berkata,  Perbadanan Labuan yang bekerjasama dengan beberapa pihak  swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO’) telah berjaya melaksanakan sebanyak 10 acara sukan dan tiga daripadanya merupakan acara utama yang membabitkan penyertaan luar dari Labuan.

Katanya,  lebih 1,300 peserta yang melibatkan peserta daripada  dalam dan luar Labuan telah menyertai acara acara utama.

Sementara itu katanya, pertandingan Cabaran Memancing Laut Dalam yang menjadi acara utama LISC telah merekodkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 55 pasukan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, berkata penganjuran LISC  telah memberi peluang kepada penjaja kecil dan peniaga untuk menambah sumber pendapatan dengan kehadiran peserta daripada luar Labuan.

“Saya di maklumkan bahawa sebanyak 210 penjaja kecil diberi peluang untuk berniagan di LISC yang  secara langsung telah  membantu ekonomi peniaga-peniaga di Labuan” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000  hasil  tangkapan ikan Cabaran Memancing Laut Dalam  yang dilelong  kepada Pusat Pendidikan Autisme Labuan.

TAMAT

GAMBAR:

1.PAMERAN…Bashir (empat dari kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (tiga dari kanan) meninjau pameran ikan hasil tangkapan Cabaran Memancing Laut Dalam LISC 2022 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

2,KAYAK….  salah satu acara utama LISC 2022   yang berjaya amenarik peserta dari luar Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN