24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL keluarkan 232 lesen niaga Bazar Ramadan

PL keluarkan 232 lesen niaga Bazaar Ramadan

Gambar: Gerai Ramadan Labuan Walk anjuran Perbadanan Labuan yang  menjadi tumpuan orang ramai.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) telah mengeluarkan sebanyak 232 lesen niaga untuk gerai Ramadan tahun ini (2022)  yang dijalankan di beberapa kawasan yang dibenarkan oleh Perbadanan Labuan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail berkata lesen perniagaan yang diluluskan itu membabitkan Labuan Walk (109 lesen), Anjung Selera Durian Tunjong (21 lesen), Bazaar Ramadan Layang-Layangan (18 lesen) dan gerai Bazar Ramadan di Komplek Ujana Kewangan sebanyak 84 lesen.

Katanya, kelulusan itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membenarkan ketiga tiga Wilayah (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) mengadakan penganjuran Bazar Ramadan dengan tidak mngenepikan pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan.

Beliau menjelaskan dua tapak gerai yang masing masing terletak di Labuan Walk dan  Anjung Selera Durian Tunjong dianjurkan oleh Perbadanan Labuan.

“Dua tapak bazar Ramadan di Labuan Walk dan Anjung Selera Tanjong Aru dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan setiap lot dikenakan sewa sebanyak RM100.00” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu bagi lot gerai Ramadan  di Layang-Layangan dan Ujana Kewangan masing masing dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Layang-Layang  dan juga pihak pengurusan Ujana Kewangan dengan kadar sewa lot ditentukan   sendiri oleh  kedua-dua   penghanjur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN