SIMBOLIK….. Wong (tiga dari kanan) menyerahkan sercara simbolik sumbangan topeng muka dan pencuci tangan kepada Dr. Fary.
LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) melalui Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah mengaggihkan sebanyak 66,530 keping topeng muka kepada penduduk kampung yang dibuat secara berperingkat-peringkat sejak beberapa hari yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata daripada 104,000 topeng muka yang di sumbangkan oleh kerajaan, 66,530 keping sudah pun diagihkan kepada penduduk kampung yang di hantar terus kerumah masing-masingecara berperingkat-peringkat.
“ Baki sedia ada akan terus diagihkan secepat mungkin mengikut lokasi setiap hari dan bagi penduduk yang belum menerima diharap dapat bersabar” katanya kepada media di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, antara kampung yang sudah menerima bantuan topeng muka itu ialah Kampung Patau-Patau, Rancha-Rancha, Bukit Kuda, Sungai Labu, Pohon Batu, Lubuk Temiang, Sungai Miri dan Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun.
Terdahulu, Dr. Fary menerima 20,000 lagi topeng muka dan 10 kotak pencucui tangan (hand sanitizer) sumbangan daripada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCI) dan Syarikat Lunmas Labuan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Wisma Perbadanan Labuan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee.
Hadir sama, Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek.
Dr. Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Labuan menjelaskan Perbadanan Labuan melalui inisiatif Wilayah Cakna telah membelanjakan RM343,500.00 untuk diagihkan kepada 687 penerima yang terdiri daripada golongan penjaja dan peniaga kecil termasuk pengusaha teksi, bas dan pengusaha bagang.
“Melalui inisiatif Wilayah Cakna, Perbadanan Labuan telah memperuntukan sebanyak RM700,000 untuk di agihkan kepada golongan tersebut yang berjumlah seramai 1,078 penerima. Baki seramai 391 akan diagihkan kepada yang layak.” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Fary menjelaskan sehingga kini terdapat seramai 735 individu (Annex 14) yang sedang dikuarantin di hotel, rumah dan dua Pusat Kuarantin iaitu di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP), dan Giat Mara Labuan.
Katanya, di Pusat Kuarantin ILP terdapat seramai 66 individu sedang dikuarantin membabitkan 57 lelaki dan 9 wanita, manakala di Giat Mara Labuan seramai 67 individu masing-masing 42 lelaki dan 25 wanita.
Sementara itu katanya, Labuan masih lagi dikategorikan sebagai kawasan kuning COVID 19 yang merekodkan 16 kes positif terkumpul, 12 kes telahpun sembuh sepenuhnya, manakala empat lagi masih menerima rawatan di hospital Labuan.
TAMAT