GAMBAR:SUPT. Ahmad ketika bercakap kepada pemberita di sebelum menutup PKTK bagi mencari mangsa yang hilang di laut.
LABUAN: Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan warga asing yang hilang dilaut berhampiran pulau Kuraman sejak lima hari lalu ditutup berikutan tiada petunjuk baharu diperolehi.
Ketua Komander Operasi Bencana, Superitendan Ahmad Jawila bagaimanapun berkata, PKTP itu akan diaktifkan semula sekiranya terdapat maklamat baharu yang mengaitkan dengan kehilangan mangsa dari masa ke semasa.
“PKTK akan dibuka semula khususnya apabila pihak polis menjumpai atau menerima maklumat maklumat terkini berkaitan dengan kehilangan mangsa…kita akan akfikan semula PKTK itu dari masa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperolehi” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di jeti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM), dekat Kiansam, di sini, pada Rabu.
Ahmad yang juga Ketua Polis Daerah Labuan menjelaskan operasi SAR yang melibatkan seluas 610 batu nautika itu turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Pertanian dan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) dengan kekuatan seramai 71 pegawai dan anggota.
Pada, Sabtu lalu, pihak APMM dalam satu kenyataannya telah menerima laporan mengenai kehilangan seorang nelayan yang ketika itu dikhuatiri lemas selepas melakukan kerja-kerja memotong pukat yang tersangkut pada kipas bot yang dinaikinya di kawasan perairan Pulau Kuraman.
Mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Diniela Rambie, 58, tidak timbul selepas kerja kerja selesai.
Ketika kejadian laut bergelora menyebabkan operasi mencari dan menyelamat sukar dilakukan.