SERTAI WARISAN… Abdullah (tengah) bersama AJK Cabang, AMK yang keluar beramai-ramai dari PKR untuk menyertai Warisan di salah sebuah hotel di Beaufort.
BEAUFORT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri Klias hampir lumpuh apabila hampir semua pemimpin-pemimpin cabang PKR Beaufort yang berasal dari DUN Klias meninggalkan parti itu dan menyertai parti tempatan Warisan.
Bekas Bendahari PKR Cabang Beaufort, Abdullah Haji Okin mendakwa memandangkan ramai AJK Cabang Beaufort yang menang dalam pemilihan lepas termasuk 12 pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Beaufort dalam pemilihanlalu telah mengistihayarkan keluar dari parti beribu pejabat di Semenanjung Malaysia itu ini bererti PKR DUN Klias hampir lumpuh.
“PKR DUN Klias kini sudah hampir lumpuh apabila tiada lagi AJK Cabang dan AMK Cabang yang berfungsi di DUN Klias ini untuk menggerakan parti ini,”dakwa Abdullah yang juga bekas penyelaras PKR DUN Klias yang mengetuai keluar dari PKR dan menyertai Warisan di hadapan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Abdal di Kota Kinabalu baru-baru ini.
‘’PKR DUN Klias sudah lumpuh apabila ahli-ahli ranting telah menyatakan keluar beramai-ramai dalam perjumpaan di salah sebuah hotel di Beaufort,” kata Abdullah ketika menghubungi Borneo Daily Bulletin kelmarin.
Beliau berkata selain AJK Cabang PKR Beaufort yang lain ialah Timbalan Ketua AMK,Naib Ketua AMK dan 10 AJK AMK yag menang dalam pemilihan dan ini bererti AMK Cabang Beaufort sudah tidak ada lagi dan membuatkan ianya lumpuh sama sekali.
“Saksikanlah hari ini begitu ramai yang telah mengikut jejak langkah saya meninggalkan PKR untuk sama-sama menyertai Warisan,”katanya sambil menunjukkan gambar-gambar mereka yang bersamanya selepas perjumpaan itu.
“Kita bukan bercakap kosong dan mereka yang hadir ini telah menyatakan hasrat mereka keluar PKR dan menyertai Warisan,”tegasnya.
Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Ketua Penyelaras Parti Warisan DUN Klias, Adeli Abat.
Warisan dijangka akan meletakkan calon di DUN Klias berdasarkan pengumuman oleh Presidennya yang parti itu akan bertanding solo di kesemua 73 kerusi DUN Sabah sebelum ini.
DUN Sabah sudah pun dibubarkan kelmarin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor setelah mendapat perkenaan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Haji Aman untuk memberikan laluan pilihan raya umum ke-17 diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pebubara DUN.
Difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khasnya minggu depan untuk menentukan tarikh penamaan calon, pengundian dan pengundian awal sebaik menerima writ dari Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Khazim Yahya.



