30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKPP UMS MENYERLAHKAN BAKAT DAN POTENSI SISWA SISWI MELALUI MINI KARNIVAL BAKTISISWA SECARA DALAM TALIAN

Dr. Jurry Foo

Oleh: Dr. Jurry Foo
Timbalan Pengarah (Akademik), Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.https://www.facebook.com/pkppumskk
 
MINI KARNIVAL BAKTISISWA mencungkil bakat dan potensi siswa siswi  Universiti Malaysia Sabah walaupun diadakan secara dalam talian pada tempoh pandemik COVID-19. Aktiviti yang diinisiatifkan oleh kumpulan pensyarah kursus BAKTISISWA (Kepimpinan dan Motivasi EK00303) diketuai Puan Roshayati Binti Hussin bersama tenaga pengajar lain iaitu Encik Syed Mohamad Ashraf  Mokdin, Encik Masran Bin Tamin, Puan Stella @ Nurul Martini Gontol dan Encik Jass Azliezan Jasili. Kursus ini dikendalikan sebagai kursus berkredit di bawah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah sebagai komponen Kemasyarakatan, di mana pelajar didedahkan kepada ilmu asas kemasyarakatan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas dan aktiviti bersama komuniti yang dijalankan melalui program Khidmat Masyarakat Siswa Prihatin (SPRINT).

             Mini Karnival yang julung kali diadakan pada 16 Januari 2021 ini diketua selia oleh Encik Masran Bin Tamin merangkumi fasa persediaan yang melibatkan 300 orang siswa siswi yang memainkan pelbagai peranan daripada jawatankuasa penganjur, siaraya, pelaksana dan memperlenkapkan komitmen lain. Aktiviti yang disiarkan melalui FBLive itu telah mendapat sambutan dengan jumlah 2.2 ribu tontonan dan 2.7 ribu komen. Catatan ini  terus meningkat kerana paparan  aktiviti itu akan terus dibuka untuk tontotan sebagai memberi manfaat kepada umum.

Program tersebut memaparkan penguasaan siswa siswi dari aspek kemahiran kepemimpinan dan interpersonal walaupun belum pernah bersua secara semuka antara satu sama lain dan kini berada di lokasi yang berbeza selari dengan objektif hasil pembelajaran yang menekankan kepada Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Ini adalah satu pencapaian yang diharapkan dalam era normal baharu pengajaran dan pembelajaran sebagai persiapan menghadapi dunia sebenar.

Usaha mewujudkan ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang kondusif secara maya menggalakkan siswa siswa yang majoritinya adalah berada dalam tahun satu memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini. Selain daripada perkongsian laporan mengenai aktiviti SPRINT yang dikendalikan melalui setiap seksyen, bakat dan potensi  sebagai pengendali majlis, pengacara, penghibur dan banyak lagu tugas telah dikenal pasti. Malah usaha memperkenalkan budaya tempatan melalui tarian juga sangat menarik perhatian. Selain daripada itu permainan kuiz diadakan sebagai selingan. Sesi refleksi daripada mahasiswa mengenai kursus ini turut dikongsikan sebagai panduan penambahbaikan kursus.

             Pusat Kokurikulum dan Pemajun Pelajar Universiti Malaysia Sabah akan terus memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan normal baharu selaras dengan misi dan visi universiti serrta memenuhi kepentingan masyarakat dan negara.

Mini Karnival BAKTISISWA sem 1 Sesi 2020/2021 boleh dilayari melalui pautanberikut:https://www.facebook.com/105779128147675/videos/400339554562683
 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN