27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKPP UMS MENDIDIK SESUAI GENERASI- TEKNIK JANA PENDAPATAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Oleh: Amer Azlan Abdul Jamal
Jurulatih, Kursus kokurikulum Berkredit INTERIM, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah.

FB: https://www.facebook.com/pkppumskk

KURSUS kokurikulum berkredit yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar bukan sahaja menerapkan ilmu dan kemahiran di dalam bilik kuliah tetapi mempersiapkan mahasiswa dan komuniti dengan normal baharu berkaitan teknik menjana pendapatan secara dalam talian (online). Program bual bicara yang bertemakan “Semuanya Bermula Dengan Satu Klik” yang telah dianjurkan olehkursus kokurikulum berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat INTERIM disertai seramai 300 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan disiarkan melalui platform Facebook Live.

Pengarah program mahasiswa Saudari Ezatulfaziera Binti Ekhsan berkata program tersebut bual bicara bertajuk Teknik Jana Pendapatan Semasa Pandemik Covid-19 ini sangat relevan dalam mendedahkan komuniti tentang cara melakukan aktiviti yang dapat membantu menghadapi pandemik yang menjejaskan sosio-ekonomi masyarakat secara menyeluruh. Demi mencapai impak penyampaian maklumat yang lebih berkesan, peserta diberi peluang berinteraksi secara langsung dengan pembicara jemputan iaitu Encik Rusdi Rusli, seorang usahawan muda yang berjaya meraih pendapatan sebagai Content Creator untuk Channel Youtube. https://www.youtube.com/channel/UCWj2Pf5DxDp_Aicmq11b9-Q

Antara perkara yang dibincangkan dan dikupaskan ialah:

Tips memulakan perniagaan

  1. Belajar ilmu perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin diceburi
  2. Cari mentor yang sesuai dengan bidang yang ingin diceburi
  3. Jangan tangguh niat memulakan perniagaan
  4. Jika tiada modal, maka tawarkan bakat dan perkhidmatan (seperti membuat laman web, jurucakap produk)
  5. Hidup dalam kalangan orang berniaga

Kesilapan biasa dalam melakukan perniagaan

  1. Terikut-ikut dengan perniagaan orang lain tanpa pengetahuan tentang produk tersebut
  2. Menceburi perniagaan yang produknya kita gunakan dan alami kesannya sendiri
  3. Produk yang mampu kita jelaskan dengan baik kepada pelanggan
  4. Takut tiada modal.
  5. Terlalu fokus kepada perniagaan offline

Penyebab kegagalan perniagaan

  1. Berniaga tanpa ilmu pengetahuan
  2. Tidak konsisten
  3. Terlalu cepat mahu untung

Dr. Jurry Foo

Pengarah PKPP Dr. Jurry Foo yang turut hadir dalam majlis itu menyatakan bahawa program seumpama ini penting untuk didedahkan kepada generasi pada masa kini sesuai dengan era digital Revolusi Industri 4.0 sebagai satu langkah untuk memperkasakan kecelikan kewangan dan membina masyarakat digital Malaysia seperti yang disarankan oleh kerajaan Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN