PKPB-Sebanyak 275 bakul makanan diagihkan kepada penerima fasa pertama

Oleh: MA

BANTUAN….Flovia menyampaikan bantuan bakul makanan itu kepada Syelvester James mewakili 275 penerima, disaksikan oleh Paul (tengah).

KENINGAU :  Sebanyak 275 bakul makanan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah diagih-agihkan kepada penerima fasa pertama bagi mereka yang terkesan dengan PKPB akibat penularan pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undandan Negeri (ADUN)Tulid Flovia Ng penerima fasa pertama bantuan sumbangan Kerajaan Negeri itu terdiri dari golongan ibu tinggal, OKU, miskin tegar dan warga emas.

Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, pengagihan bantuan itu diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kecil Sook yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Paul Isidore.

“Fasa seterusnya akan menyusul untuk diagih-agihkan kepada golongan sasar yang turut terkesan dengan PKPB ” katanya selepas menyerahkan bantuan itu kepada wakil penerima di perkarangan Pejabat Daerah Kecil di sini pada Isnin.

Mengiring Flovia pada majlis ringkas itu ialah pegawai-pegawai UPPM Tulid.