26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKP-Penghantaran Bantuan Makanan Asas Fasa 3 DUN Paginatan diteruskan.

RANAU: Misi menghantar bantuan keperluan asas makanan fasa ketiga kepada penduduk kampung kawasan DUN Paginatan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan lagi.

Hari pertama dalam fasa 3 PKP dilaksanakan kemarin, misi penghantaran bantuan berjalan lancar di lima buah Mukim dalam kawasan Paginatan.

GIMIK..Abidin (kanan) ketika menyampaikan bakul makanan kepada sukarelawan Kilimu Garage Crew untuk diagihkan.

Lima mukim yang terlibat ialah Mukim Tanah Rata,  Lohan/Bongkud, Nalapak, Kepangian/Suminimpod dan Paginatan/Paus.

Urusetia diketuai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan itu turut dibantu pasukan sukarelawan dari Kilimu Garage and Crew.

ABIDIN turut membantu memuatkan beras ke trak kereta

Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook oleh UPPM Paginatan hari ini, misi tersebut turut disertai sendiri wakil rakyatnya, Datuk Abidin Madingkir.

Terdahulu, Abidin telah menyampaikan sumbangan berupa topeng muka (face mask) kepada petugas barisan hadapan di daerah ini terdiri anggota Polis dan  kakitangan Hospital.

DSP Sammy (kanan) ketika menerima sumbangan topeng muka disampaikan Abidin (kiri)

Sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu sebagai langkah drastik kerajaan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 dalam negara, banyak pihak telah terjejas termasuk penduduk kampung terutama golongan tidak berpendapatan tetap.

Justeru pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan dalam membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung golongan terjejas. –TAMAT

ABIDIN (kiri) turut menyampaikan sumbangan topeng muka kepada Hopsital Ranau

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN