28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKP- NGO berhasrat hantar sumbangan perlu maklumkan JPKA

Oleh: MA

KENINGAU:Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO di Pedalaman yang berhasrat menyampaikan bantuan keperluan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)perlu memaklumkan pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA )Sabah Bahagian Keningau. Langkah itu untuk memudahkan bantuan diselaraskan.

Kelihatan staf JPKA Bahagian Keningau menghantar bantuan kepada KIR yang memerlukan bantuan.

Penolong Pengarah JPKA Sabah Bahagian Keningau, Bill Suhud Mohamad berkata, pihak jabatan mempunyai maklumat terperinci mengenai Ketua Isi Rumah (KIR)yang layak menerima bantuan, selain mengelak penularan pandemik Covid 19.

Katanya, sehingga fasa dua PKP, JPKA Bahagian Keningau telah menyalurkan barangan keperluan harian kepada 45 KIR  yang memerlukan di sekitar Keningau.

Bill menyampaikan sumbangan kepada penerima

Bill memberitahu pemberita selepas menyampaikan bantuan di Kampung Suan Ulu  Keningau baru-baru ini.

Beliau berkata, JPKA Bahagian Keningau mengalu-alukan mana-mana badan NGO di kawasan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sepanjang PKP.

Walau bagaimanapun katanya, perlu mengikut  SOP yang ditetapkan kerajaan melalui MKN dan KKM. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN