Foto atas: .Primus menyampaikan sumbangan kurma kepada Rela Ranau diperhatikan Missi dan anggota Rela yang lain.
RANAU: Inisiatif Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen di sini untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban penduduk yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 amat dialu-alukan rakyat akar umbi.
Ramai penduduk daerah Ranau yang sempat di temui khususnya golongan miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan para pesakit telantar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri(KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin kerana berinisiatif bagi melaksanakan program menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan memerlukan.
Beberapa minggu yang lalu telah disampaikan bantuan berupa Barang Makanan (BarMa) kepada penduduk dari ratusan buah kampung kawasan Parlimen Ranau melibatkan tiga kawasan Dun iaitu Dun Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan.
Sementara hari ini (4 Mei 2020) krew staff Pejabat Parlimen Ranau telah mengagihkan sumbangan Derma berupa Wang Ringgit dan buah Kurma kepada beberapa buah Pejabat Kerajaan Negeri, Persekutuan serta Masjid dan Surau di Ranau.
Pejabat Kerajaan terlibat ialah, Hospital Ranau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Pejabat Rela Ranau, Balai Bomba Dan Penyelamat daerah Ranau, Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) Ranau, Klinik Kundasang, Klinik Kundasang dan Klinik Paginatan.
Manakala Masjid dan Surau terlibat ialah, Masjid Kg.Matupang, Surau Kg.Sagindai Baru, Surau, Segindai Lama, Surau Kg.Minihas, Surau Kg.Lungkidau, Kg.Tampios, Surau Kg.Nunuk Ragang, Surau Kg.Bitoon, Surau Kg.Paus,Masjid Pekan Ranau, Surau Kg.Muhibbah, Surau Kg.Kimolohong, Surau Kg.Paka Dua, Surau Kg.Lingkudau dan Surau Kg.Pasir Putih.
Semua sumbangan disampaikan oleh Staff Pejabat Parlimen Ranau mewakili Jonathan iaitu, Lajim Haji Momin, Primus Gahun, Aoziah Paimin, Missi dan Zita Fadelis. –TAMAT–