31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKP hari pertama fasa ketiga, berjalan dengan baik, lancar

Gambar atas: Anggota PDRM dan Rela yang bertugas dalam sekatan jalan di daerah ini.DSP Sammy Newton

RANAU : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari pertama fasa ketiga bermula hari ini,  berjalan dengan baik serta lancar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitenden Polis ,(DSP), Sammy Newton ketika dihubungi memberitahu,  orang ramai khususnya warga Ranau dan Kundasang sentiasa mematuhi arahan kerajaan supaya mematuhi peraturan yang dikuat-kuasakan sepanjang PKP, demi kebaikan semua pihak.

Menurutnya, arahan supaya ‘Stay At Home’ (diam di rumah) bersama keluarga, menjaga kebersihan diri tidak keluar rumah sesuka hati, sentiasa basuh tangan menggunakan sabun (sanitizer) dan  menjarakkan sekurang-kurangnya satu meter antara Satu sama lain juga ada dipatuhi oleh para penduduk.

“Kita mengharapkan dengan pematuhan arahan  yang dikuat-kuasakan itu, secara berterusan akan membolehkan daerah Ranau kembali dalam Zon Hijau kes Covid-19 yang kini masih dalam kategori Zon Kuning.

“Kita letakkan 96 peratus pematuhan arahan oleh penduduk Ranau dan Kundasang, yang  lainnya adalah mereka yang datang dari daerah lain di Sabah”, jelas  DSP Sammy.

Menurutnya sebanyak tiga lokasi pemeriksaan (sekatan jalan Raya)yang dikendalikan pihak polis
telah di laksanakan sekitar Daerah Ranau termasuklah di  Jalan Pasir Putih, Jalan Tanah Merah dan Jalan Kundasang  bagi menguat -kuasakan PKP di daerah berkenaan bermula 15 hingga  28 April 2020 (fasa 3). TAMAT

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN