31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKP: bantuan diagih kepada golongan memerlukan tanpa mengira fahaman politik- Robert Tawik

OLEH: MA

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Robert Tawik berkata, bantuan bahan-bahan makanan kepada penduduk yang memerlukan di kawasannya pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diagihkan tidak mengira fahaman politik.

Katanya, sehingga kini seramai 1,500 ketua isi rumah (KIR)di kawasan Bingkor menerima sumbangan ikhlas dari ADUN.

Robert menyampaikan bantuan kepada salah orang ketua JDM yang terpaksa berkorban menggunakan kancil mengangkut barang.

Beliau berkata, rata-rata penduduk terkesan dengan pelaksanaan PKP yang sudah masuk fasa ketiga dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Justeru itu katanya, bantuan yang beliau salurkan diagihkan kepada semua mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik.

“Dalam mengagihkan bantuan pada masa kesulitan seperti yang berlaku pada masa ini akibat penularan.COVID-19, kita tidak memilih apa parti politik yang mereka sokong kerana mereka ada penduduk di kawasan kita yang terkesan dengan pelaksanaan PKP” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ketua-ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM)di rumah kediamannya di Bingkor.

Menurut Robert, bantuan bahan-bahan makanan itu disampaikan kepada 11 ketua JDM untuk diagih-agihkan kepada penduduk dibawah jagaan mereka masing-masing.

Robert menyampaikan bantuan kepada salah seorang ketua JDM untuk diagih-agihkan kepada yang memerlukan.

“Cara ini bagi mengelakkan bilangan penduduk yang ramai berkumpul dalam satu tempat” jelasnya.

Robert juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang telah memberi sumbangan sama kepada keluarga yang memerlukan di kawasan ini bermula minggu lalu.

Turut memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Bingkor adalah Youth Power Club Keningau, Kelab Belia Keningau dan KDCA Youth Coucil Keningau.

Dalam masa yang sama Robert menasihatkan penduduk di kawasannya agar mematuhi PKP bagi mengelakkan mereka dikompaun dan diambil tindakan undang-undang yang dikuatkuasakan sepanjang PKP.

Robert menyampaikan bantuan kepada ketua-ketua JDM.

Katanya, jika keluar untuk mendapatkan barang keperluan di pekan atau mengeluarkan duit bantuan di mana-mana bank patuhilah peraturan terutama jarak satu meter.

Merujuk kepada tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini telah mengeluarkan sebanyak 38 keping kompaun ke atas individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)tanpa alasan yang kukuh, Robert berkata, tindakan itu adalah tepat kerana ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada mereka yang ingkar tetapi juga memperlihatkan kepada masyarakat umum keseriusan pihak berkuasa terutama PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan PKP.

Sehubungan dengan ini beliau meminta masyarakat memberi kerjasama dan mematuhi serta jangan menghalang tugas para penguatkuasa sepanjang PKP.  bantuan yang beliau salurkan diagihkan kepada semua mereka yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN