30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKP bakal memasuki Fasa 4 memerlukan lebih banyak bakul makanan


SIMBOLIK…. Rozman (tengah) secara simbolik menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada Bibiana (dua kiri)


LABUAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki Fasa ke 4 selepas kerajaan melanjutkan tempoh berkenaan sehingga 12 Mei ini bakal memerlukan lebih banyak  bakul makanan  bagi memastikan rakyat yang terkesan dengan  PKP akibat Covid 19 tidak terputus makanan.


Justeru itu Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli  sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bakul makanan untuk dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan selaku Jawatan Kuasa Penyelaras Bantuan Makanan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.


“Menyedari tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei ini, sudah pasti rakyat yang terkesan dengan PKP memerlukan makanan tambahan dan saya sedang berusaha untuk mendapat sebanyak mungkin bakul makanan tambahan  yang diperlukan oleh JKM” katanya.

PERSIAPAN…. Rozman bersama  para petugas  mengumpul  keperluan makanan  di kediamannya sebelum dihantar ke JKM Labuan, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan 200 bakul makanan sumbangan beliau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, pada Jumaat.
Beliau yang hanya  hadir bersama Pegawai Khasnya menyerahkan sumbangan itu kepada Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM,  Vivi Crisda @ Dayanbg Bibiana Imran yang mewakili jabatan itu.


Menurut Rozman selain itu, beliau juga telah menyumbang sebanyak 5 bakul makanan kepada setiap  27 ketua kampung  dan beberapa pemimpin masyarakat lain  sebagai persediaan mereka  untuk mengagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan bantuan kecemasan pada masa-masa tertentu  atau ketika sukar untuk mendapatkan bantuan segera.


“ Kita serahkan 5 bakul makanan kepada setiap ketua kampung serta beberapa pemimpin masyarakat  sebagai persediaan mereka untuk mengagihkan kepada penduduk kampung masing-masing yang menghadapi kecemasan  seperti kehabisan makanan ketika   waktu kritikal” katanya.


Sementara itu katanya, beliau merancang  sebahagian daripada barang-barang keperluan yang di sediakan dalam bakul makanan diganti dengan produk makanan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan seperti kuih kering, ikan kering dan sebagainya.


“Dengan cara ini bukan sahaja  golongan  yang terkesan dapat dibantu, malah penduduk tempatan yang menghasilkan produk makanan juga dapat hasil sekaligus membantu mereka menambah pendapatan dalam tempoh yang sukar ini” katanya.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN