25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKOB COVID 19 Labuan terima topeng muka sumbangan syarikat Yuwang Group Sdn. Bhd.

Oleh: JD

LABUAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) COVID 19 Wilayah Persekutuan Labuan menerima 2,500 keping topeng muka sumbangan daripada syarikat Yuwang Group Sdn. Bhd bagi membantu anggota barisan hadapan terutamanya yang bertugas di bahagian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis penyerahan telah diadakan di pusat berkenaan di Tingkat 4 Wisma Perbadanan Labuan, pada Khamis.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan syarikat itu, Alex Lee kepada Komander Operasi Jawatakuasa Bencana COVID 19, Superitendan Muhammad Farid Ahmad.

SIMBOLIK…. Alex menyerahkan sumbangan Topeng Muka kepada Supt. Muhamad Farid sambil diperhatikan Kapten Pertahanan Awam, Japli Siping.

Sementara itu, Alex ketika ditemui media berkata, sumbangan topeng muka jenis 3-ply itu adalah sebagai salah satu usaha syarikatnya membantu meringankan bebanan kerajaan dalam membekalkan topeng muka kepada anggota dan petugas barisan hadapan COVID 19.

Dalam perkembangan lain, Alex turut menjelaskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa ke dua, pihaknya tetap mematuhi arahan kerajaan dengan memberikan cuti bergaji kepada semua kakitangannya.

“Kita akur dengan keputusan dan arahan kerajaan agar semua kakitangan dibenarkan bercuti tanpa memotong gaji mereka sehingga berakhirnya arahan PKP” katanya.

Turut menerima sumbangan topeng muka itu ialah Pengamal media Labuan yang sentiasa turun kelapangan untuk melaporkan situasi semasa berkaitan COVID 19. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN