SANITASI… kerja-kerja sanitasi oleh ahli PKN di Masjid Muzakirullah Lubok Temiang.
LABUAN: Bagi memastikan masjid dan surau di pulau ini selamat daripada wabak Covid 19, sebuah badan bukan kerajaan (NGO’s) Penggerak Komuniti Dasar Negara (PKN) Wilayah Persekutuan Labuan bersedia untuk memberi perkhidmatan sanitasi secara sukarela.
Pengerusinya Raynie Datuk Mohd Din berkata, kerja-kerja sanitasi setiap masjid itu akan dlaksanakan secara berperingkat bermula dari Masjid Muzakirullah Kampung Lubok Temiang dan Surau Nurul Islam di pusat bandar.
PENGERUSI PKN LABUAN….. Raynie Datuk Mohd Din
“Program Infaq sanitasi secara sukarela oleh PKN ini bertujuan bagi memastikan semua masjid dan surau yang mula dibenarkan untuk umat islam beribadat bebas dan selamat dari wabak COVID 19” katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi itu membabitkan keseluruhan kawasan masjid termasuk di dewan solat, tempat wuduk dan tempat letak kereta.
Bagaimanapun katanya, proses sanitasi perlulah dilakukan secara kerap iaitu sebelum dan selepas solat berjemaah di jalankan nagi memastikan kawasan masjid berkenaan benar-benar bebas daripada penularan wabak COVID 19.
“Justeru itu adalah disyorkan agar setiap masjid dan surau mempunyai peralatan pembersihan sendiri dan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan sendiri oleh AJK Masjid” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sebuah syarikat swasta yang sanggup menaja kos peralatan dan bahan pembersihan yang diperlukan dalam kerja-kerja sanitasi berkenaan.
Beliau juga mengalu-alukan kepada mana-mana syarikat swasta yang ingin menaja bahan pembersihan kos sanitasi boleh berhubung dengan Timbalan Pengerusi PKN WP Labuan, Maraffandie Kassim di talian 012- 8781575.