31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKDM berjaya tubuh 40 cawangan di Ranau

Peter menerima borang keahlian PKDM daripada Siriman.

RANAU:Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM)berjaya menubuhkan 40 cawangan di Bahagian Ranau membabitkan keahlian lebih 2,500 orang.

Presidennya Datuk Peter Anthony berkata, ini menunjukkan sambutan masyarakat di kawasan ini amat menggalakkan.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melalap berkata, dengan tertubuhnya 40 cawangan maka terbentuklah Bahagian Ranau yang diketuai oleh Siriman Basir.

“Saya yakin dengan sokongan masyarakat di kawasan ini terhadap PKDM yang amat menggalakkan satu petanda yang baik bahawa parti ini semakin diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negeri ini ” katanya pada Majlis Mirumoh-Rumoh Pisompuruan KDMR di Pentas Budaya, Perkarangan SEDCO, Kundasang pada Sabtu.

Sementara itu Ketua Bahagian PKDM Ranau Siriman Basir mengalu-alukan kehadiran Presiden dan rombongan pada majlis itu.

Katanya, kehadiran Presiden  merupakan satu suntikan semangat kepada masyarakat di kawasan ini khususnya Kundasang.

Siriman juga yakin bahawa sokongan masyarakat di kawasan akan bertambah pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN