KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyifatkan Pindaan Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan di Parlimen adalah hadiah kepada rakyat Malaysia khususnya Rakyat Sabah dan Sarawak.
Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N. 40 Bingkor berkata, Pindaan ini juga memberi ruang yang luas kepada pelaksanaan perjanjian Malaysia ( MA63 )
“Dengan undian yang seratus peratus diberikan oleh ahli-ahli Dewan rakyat membuktikan mereka memahami kehendak rakyat khususnya rakyat Sabah dan Sarawak yang mana selama ini menuntut hak hak yang termaktub dalam MA63” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor itu mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Dewan rakyat yang telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Pindaan tersebut
“Ini satu sejarah kepada Malaysia dan hadiah kepada rakyat Malaysia dalam melangkah ke tahun baharu 2022. Terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri kerana akhirnya mendengar permintaan rakyat Sabah Dan Sarawak untuk membawa Pindaan tersebut ke Parlimen dan dapat diluluskan dengan semangat Keluarga Malaysia” katanya.
Dalam pada itu Robert berharap rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah menerima Pindaan ini dengan rasa senang hati dan terus bersatu dalam satu Keluarga Malaysia.