Macklin (kiri)menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Dismon.
TAMBUNAN :Keperihatinan sebuah keluarga di Kampung Kiawayan dekat sini yang bertindak membantu dan memberikan sumbangan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan covid-19 perlu dicontohi oleh semua pihak.
Seorang penduduk Macklin Kunjan yang berasal dari Kampung Kiawayan berkata, mereka yang terkesan dengan Covid -19 bukanlah mereka minta kejadian ini berlaku kepada mereka.
“Jadi sebagai penduduk di sekitar kampung ini haruslah membantu mereka bukan saja dari segi makanan atau keperluan dapur tapi kita juga membantu mereka dari segi sokongan moral” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini.
Menurut Macklin, walaupun sumbangan tidak seberapa namun sumbangan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat pendemik ini.
Ketua isi rumah Dismon Yasah dan Hilary Balasius masing-masing berasal dari Kampung Moloson Tambunan telah menerima bantuan berkenaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.
“Tidak lupa kepada wakil rakyat Tambunan Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan yang telah banyak membantu penduduk di daerah ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19” jelasnya.
Beliau juga berharap orang ramai akan akan lebih bermurah hati kepada mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
Beberapa hari yang lalu kedua-dua keluarga berkenaan telah diarahkan untuk menguarantinkan diri di rumah masing-masing disebabkan menjadi kontak rapat kepada pesakit covid-19 di kampung berkenaan.
Mereka juga menasihatkan orang ramai agar tidak keluar rumah sekiranya tiada kepentingan dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.