Haji Yusof Haji Chuchu
LABUAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Labuan dan guru-guru sentiasa mendoakan agar semua calon SPM dan STPM sekolah itu sentiasa tenang dalam menghadapi peperiksaan.
Yang Di Pertua PIBG SMK Labuan, Haji Yusof Haji Chuchu berkata, tidak dapat dinafikan sejak pendamik wabak COVID 19 menlanda negara telah memberikan impak yang besar terhadap pelajar khususnya mereka yang akan menghadapi ujian penting iaitu peperiklsaan SPM dan STPM.
“Kami berharap semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM dalam keadaan tenang dan lebih fokas terhadap peperiksaan sekalipun berhadapan dengan norma-norma baharu akibat pendamik COVID 19 masih menghantui kita semua.
“Pihak PIBG dan guru guru sekolah sentiasa mendoakan bukan sahaja pelajar dapat keputusan yang cemerlang tetapi pada masa sama mengharumkan nama sekolah sebagai sekolah terbaik dalam keputusan peperiksaan itu nanti” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Pada tahun ini sebanyak 268 calon SPM dan 359 calon STPM yang membabitkan Semester 1 (217 calon) dan Semester 3 (142 calon).
Bagi peperiksaan SPM dijadualkan bermula esok (22 Febuari) sehingga 25 Mac, manakala bagi peperiksaan SPTM akan bermula pada 8 Mac hingga 12 April 2021.
Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG turut megadakan majlis bacaan surah Yasin dan doa selamat serta tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Sharizal Saffian yang dadakan secara atas talian.