32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PIBG SK. PINAPAK MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ANJURAN MAJLIS GURU BESAR PITAS

Juara.. PIBG SK. Pinapak

PITAS: Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pinapak muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Gabungan PIBG, Guru, AKP dan Pekerja Swasta Sekolah Peringkat Sekolah Rendah Daerah Pitas anjuran Majlis Guru Besar Daerah Pitas yang berlangsung di Padang SK. Pekan Pitas II baru-baru ini.

Pada pusingan penentuan juara, PIBG SK. Pinapak ditentang sengit oleh PIBG SK. Bawang. Walaupun kedua-dua saling berbalas serangan namun gagal menjaringkan sebarang gol di sepanjang perlawanan sehinggalah ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada PIBG SK. Pinapak dengan agregat jaringan 3-2.

Dengan kemenangan itu PIBG SK. Pinapak muncul juara menerima hadiah sebuah piala, 18 medal berserta wang tunai RM400. Manakala PIBG SK. Bawang (Naib Johan) menerima sebuah piala, 18 medal  dan wang tunai RM300.

Dalam perlawanan merebut tempat ketiga, PIBG SK. Rosob berjaya menewaskan PIBG SK. Rukom dengan jaringan 1-0. PIBG SK. Rosob menerima wang tunai RM200, sebuah piala dan 18 biji medal manakala PIBG SK. Rukom menerima wang tunai RM150, sebuah piala dan 18 medal.

Naib Juara.. PIBG SK. Bawang

Menurut Pengerusi Pengelola selaku Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Pitas, Juri Abdul Sunny, kejohanan tersebut yang julung kali diadakan bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara guru, PIBG, pekerja swasta dan staf sekolah semua sekolah rendah yang berada dalam Daerah Pitas.

Perasmian kejohanan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pitas, Marmin Salam, sementara perasmian penutupan dilakukan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat N2 Bengkoka Pitas, Lahab Inul yang seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN