34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PIBG pengantara Sekolah dan Ibubapa Bina Pendidikan Modal Insan Jangka Panjang: Arthur

Arthur menyampaikan reflika Cek sebagai gimik sumbangan Fasa 1 kepada Pengerusi MGB Keningau Tuan Sakim Ibrahim.

KENINGAU: Peranan Ibubapa dan Guru (PIBG) dalam memastikan agenda pendidikan berterusan adalah wacana penting sebagai pengantara bimbingan pendidikan di sekolah dan di rumah yang wajar diberi perhatian dan keutamaan.


Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia , Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kerjasama padu warga sekolah dibanu oleh PIBG akan dapat menjamin kejayaan bersama dalam usaha menyediakan modal insan yang berpendidikan dan serba boleh dalam mengambil peluang kerjaya kelak , hasil daripada limpahan pembangunan yang terus diperjuangkan oleh pemimpin yang dipilih rakyat .


Sehubungan itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen P.182 Pensiangan menyeru agar ibubapa dan guru terus berganding bahu memastikan semua murid berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang dalam pelbagai bidang pekerjaan sama ada di sektor kerajaan atau swasta kelak.


Pada masa sama, katanya antara pembangunan yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan yang akan dan sedang rancak dilaksanakan oleh kerajaan , termasuklah bidang pembangnan pra sarana pendidikan, naik taraf jalan perhubungan ke sekolah , pembaikan dan gantian penuh bangunan sekolah daif khususnya di luar bandar termasuk di kawasan Parlimen Pensiangan.


” Justeru perjuangan pembangunan ,perlu seiring dengan kesediaan generasi yang berpendidikan supaya limpahan pembangunan itu dapat di isi oleh generasi yang berkeupayaan dan mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan semua ini perlukan kerjasama semua terutana ibubapa dan guru” katanya ketika berucap merasmikan program Seminar dan Forum Pendudikan , anjuran Majlis Guru Besar Daerah Keningau dengan kerjasama PIBG P.182 Pensiangan di dewan SK Sook dekat sini.


Katanya pelbagai lagi kemudahan untuk rakyat terus diperjuangkan antaranya yang sedang dan telah siap ialah mewujudkan substesen janakuasa Elektrik SESB Sook bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik, membina gentian penuh SK Simbuan dan kerjasama baik pihak perbankkan yang telah menyediakan kemudahan mesin ATM di Pekan Sook.


“ Ini memudahkan rakyat,ibubapa berurusan dalam mendapatkan kemudahan kewangan, menjimatkan kos tidak perlu ke keningau kerapkali dan limpahan ekonomi juga kepada daerah Sook sendiri dan apabila siap jalan raya yang menghubungkan Keningau-Sook dari Sinua ke Tongod Telupid , Jalan Pensiangan-pegalungan, maka daerah ini akan menjadi laluan utama penduduk luar dan dalam daerah kelak”katanya.


Dalam pada itu berkenaan cadangan rakyat agar diwujudkan Pejabat Pendidikan Daerah Sook, berdasarkan kemajuan pesat didaerah kecil itu, Arthur yang juga Timbalan Presiden PBRS berkata semua cadangan akan diberi perhatian untuk di kemukakan kepada kerajaan untuk perancangan akan datang.


Untuk Rekod daerah kecil Sook terletak dalam kawasan Parlimen Pensiangan dan mempunyai 43 buah sekolah termasuk 3 buah sekolah menengah termasuk SM Trusmadi yang baharu dan bakal beroperasi kelak.


Sempena Majlis itu, Arthur turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada majlis Guru Besar Daerah Keningau (MGB)untuk membantu melaksanakan pelbagai program pendidikan membabitkan 72 buah sekolah.


Program sehari itu di meriahkan lagi dengan sesi ceramah dan forum pendidikan yang disampaikan oleh panel membabitkan agensi Pejabat Pendidikan Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Kebajikan dan Perlindungan kana-kanak serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Keningau.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan dan Montaj ikon Komuniti Cemerlang PIBG SK Membulu dan SK Kampung Biah Keningau.
Hadir sama Tuan Joesley Pipitol mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Keningau ,Pengerusi MGB Keningau Sakim Ibrahim , Pengarah Program Jinli Ramli dan Dr Pranchis Andin, Pengetua, Guru Besar dan semua pengerusi PIBG Kawasan Keningau dan Parlimen Pensiangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN