32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PIBG DIGESA MOHON BANTUAN AKTIVITI PIBG SABAH (BAGUS): ABIDIN

Datuk Abidin ketika menyantuni wargatua di Kampung Longut

RANAU: Pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di daerah ini digesa untuk memohon Bantuan Aktiviti PIBG SABAH (BAGUS) yang ditawarkan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N38 Paginatan, YB Datuk Abidin Madingkir berkata tiga program baharu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada awal Januari tahun ini ialah Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memartabatkan taraf pendidikan Sabah.

“Sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Kerajaan Negeri GRS meletakkan portfolio pendidikan di bawah bidang kuasa Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas supaya perhatian khusus dapat diberikan kepada hal ehwal pendidikan Sabah. Kerajaan Negeri serius dalam memastikan kanak-kanak di Sabah mendapat bantuan sebaik mungkin dan mencapai kecemerlangan akademik. Ia selaras dengan teras kedua pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan Kerajaan GRS iaitu memperkasakan modal insan Sabah. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk program BAGUS yang menyaksikan setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 1,500 sekolah bakal menerima RM2,000 untuk menjalankan aktiviti masing-masing tahun ini.,” katanya.

“Justeru itu saya menggesa kepada semua PIBG di daerah ini agar mengambil peluang ini dengan melengkapkan borang khas daripada Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas bersama dokumen yang diperlukan,” jelas Datuk Abidin.

Datuk Abidin membuat gesaan demikian ketika menyantuni penduduk Kampung  Longut dalam Program Hari Keluarga Bersama Pemimpin dan lawatan amal ke Kampung Bayag pada Sabtu dan Ahad lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN