SUMBANGAN…. Azdi menyerahkan sumbangan topeng muka dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada Jainudin
LABUAN: Syarikat Petronas menyumbangkan sebanyak 500 keping penutup hidung dan mulut serta 10 botol pencuci tangan (hand Sanitizer) kepada Persatuan Penggiat Media Labuan Labuan bagi membantu barisan hadapan media dalam menjalankan tugas mereka dengan selamat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pentadbiran, PETRONAS Chemicals Methanol Sdn. Bhd., Azdi M Nor kepada Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin di Pusat Komunikasi Media Covid 19, Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

https://m.facebook.com/boulevardhyperkk
Sebelum ini, PETRONAS telah menyerahkan sebanyak 1,500 keping penutup hidung dan mulut kepada Persatuan Wartawan Sabah.
Secara keseluruhannya PETRONAS menyumbangkan sejumlah 8,000 keping penutup hidung dan mulut di empat kawasan operasinya iaitu Sabah dan Labuan, Sarawak, Wilayah Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), dan Pantai TImur (Terengganu, Pahang dan Kelantan).
Inisiatif kolektif ini menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada pengamal media atas pengorbanan dan kerja keras mereka dalam melaporkan dan memberikan maklumat terkini mengenai wabak COVID-19 selain perkembangan semasa. TAMAT



