SERAH…Spencer menyerahkan secara simbolik rumah yang telah dibaik pulih oleh syarikat Petra Energy Berhad sambil diperhatikan Teo Kim Chuan (tengah)
LABUAN: Petra Energy Berhad menerusi program Petra Cares Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah membantu membaik pulih rumah usang Teo Kim Chuan di Kampung Sungai Keling.
Teo Kim Chuan, 78, seorang warga emas yang juga klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan tinggal bersendirian di rumah berkenaan selepas berpisah dengan isterinya sejak beberapa tahun lalu.
Majlis penyerahan secara simbolik baik pulih rumah berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Fabrikasi Petra Energy Berhad, Spancer Anak Saliman kepada Ketua Kampung Sungai Keling Wendy Teo Ping Ping sebelum diserahkan semula kepada pemilik rumah berkenaan Teo Kim Chuan.

KEADAAN bahagian luar rumah Teo selepas di baik pulih dan sebelum.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ansharey Matarsad.
Spencer berkata, Petra Berhad telah memperuntukan sebanyak RM25,000 untuk membaik pulih keseluruhan rumah berkenaan dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh 14 hari.
“Ini adalah salah satu insentif daripada Petra Care melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan” katanya ketika ditemui pada majlis simbolik penyerahan rumah berkenaan.