25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pesta Orang Ranau beri pengalaman baru kepada golongan belia

Sebahagian belia bertugas merakam gambar bersama penulis (kanan).


RANAU: Pesta Orang Ranau beri pengalaman baru kepada golongan belia khususnya lepasan sekolah untuk bertugas membantu mengendalikan tugasan yang diamanahkan pihak Jawatankuasa penganjur.

Salah seorang belia mewakili 14 orang yang bertugas di bahagian Unit Tabung Derma Darah, Hospital Ranau, adik Ted Vixe dari Kelab Belia  Mininsalu Ranau ketika ditemui mengakui, Pesta Orang Ranau beri pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada mereka meskipun tugasan yang diberi agak mencabar dengan pelbagai karenah orang ramai.

“Sungguhpun mencabar namun rasa seronok meskipun kali  pertama bertugas dalam keadaan cuaca panas terik”, jelas Ted pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau.

Lebih 16 acara diadakan selama tiga hari (13-15 Jun) Pesta Ranau yang julung kali diadakan itu, yang akan dirasmikan  Menteri Kewangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Bagaimanapun keputusan rasmi semua acara  yang pertandingkan belum diterima pihak Media ketika artikel ini ditulis.

Keputusan rasmi (laporan penuh) akan disiarkan esok (Ahad) selepas Pesta Orang Ranau itu  berakhir.

Pesta tersebut turut mengamit ribuan pengunjung termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri.

            




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN