22.9 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 20, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PESTA AMBUYAT PMBS 6 JULAI DI DEWAN SRI WAWASAN KG PIMPING

BANNER Pesta Ambuyat PMBS 2025 di Dewan Sri Wawasan Pimping 6 Julai depan.

MEMBAKUT: Pesta Ambuyat 2025 Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) akan dijadualkan semula pada 6 Julai 2025 depan di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping Membakut.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Ambuyat 2025, Datuk Haji Sapdin Ibrahim berkata penjadualan semua Pesta ini yang sepatutnya diadakan hari ini (22-6-2025) di Dewan Kesenian Islam Membakut kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Dalam mesyuarat kita yang diadakan dua minggu lalu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Membakut, AJK Pelaksana memutuskan untuk menangguhkannya kepada 6 Julai depan,” katanya.

Sapdin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) berkata dua acara utama iaitu Pertandingan Idangan Ambuyat, Pertandingan Zapin Brunei akan menjadi tumpuan pada Pesta Ambuyat buat kali kedua diadakan di daerah Membakut ini yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Borang-borang penyertaan dan syarat- syarat pertandingan sudah diedarkan kepada ketua-ketua cawangan PMBS seluruh Sabah melalui Grup Whataps dan mereka perlu menghantar balik borang oenyertaan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.

Selain dari itu kata Sapdin gerai-gerai jualan termasuk 10 gerai jualan produk dari negara jiran Brunei Darussalam, gerai-gerai untuk ahli cawangan juga akan dibuka untuk memasarkan produk masyarakat Brunei di negeri ini.

PENGERUSIKAN MESYUARAT TERAKHIR…Sapdin dan AJK lain semasa mesyuarat di Pejabat Daerah Membakut baru-baru ini.

Katanya, YDS yang terbabit dalam penganjuran bersama dalam pesta ini juga akan turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak ahli PMBS yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) dan 50 lagi untuk yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM).

Beliau berkata Setiausaha Agung PMBS, Norhassan Ismail sudah menghubungi semua 30 cawangan PMBS seluruh Sabah agar mereka menyenaraikan anak-anak ahli yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan itu

” Kita sudah bentuk satu jawatankuasa pemilihan dan calon yang memenuhi syarat akan dijemput untuk hadir menerima bantuan wang tunai RM500 untuk STPM dan RM300 untuk SPM semasa Pesta Ambuyat itu nanti,” katanya.

Selain Pertandingan Idangan Ambuyat, Zapin Brunei, penyampaian hadiah kepada 100 pelajar cemerlang, persembahan gambus dan lagu-lagu etnik Brunei juga akan diadakan.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yang juga Presiden PMBS dan ADUN Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif akan merasmikan Pesta Ambuyat ini yang dijangka turut dihadiri kenamaan lain antaranya isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Faridah Hj Tussin, Konsul Besar Brunei ke Sabah dan tetamu jemputan yang lain.

Orang ramai sekitar daerah Membakut dan berdekatan dialu-alukan untuk memeriahkan pesta julung kali diadakan di di kampung ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN