28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PESOWNA Labuan bantu mangsa kebakaran

SERAH…. Wardati (kiri) bersama Raynie (kanan) menyerahkan sumbangan kepada suami  Makcik  Khalsum,  Mokni Bakran  sambil diperhatikan ole Makcik Khalsum (dua dari  kanan) di restoran Island Garden pada Jumaat.

LABUAN: Pada 13 Mac  lalu Kampung Lajau Rimba dikejutkan apabila 26 orang termasuk seorang wanita warga emas yang sibuk  menguruskan gerai makannya di pusat bandar tinggal sehelai sepinggang  selepas kediaman mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaran.

Menyedari akan keperitan yang dihadapi oleh mangsa berkenaan, Pertubuhan Pembangunan dan Sosial  Wanita  Wilayah Persekutuan Labuan (PESOWNA) mengambil inisiatif  dengan  menghulurkan sumbangan kepada keluarga  wanita warga emas yang ditimpa musibah berkenaan.

Sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian  hasil kutipan  ahli-ahli PESOWNA itu telah diserahkan oleh Pengerusi PESOWNA Raynie Datuk Mohd Din kepada warga emas berkenaan   yang diadakan di restoran Island Garden tempat beliau berniaga makanan, pada Jumaat.

Selain PESOWNA turut sama  menyampaikan sumbangan itu ialah Team Prihatin  Tiara Hotel Labuan  yang diketuai oleh  Wardati Yatie Mohd Yusof.

Menurut Raynie, mangsa yang lebih mesra dipanggil  Makcik Khalsum,  ketika ini terpaksa berhenti berniaga  kerana kesemua peralatan dapur dan  bahan bahan keperluan berniaga musnah terbakar.

“Kami berharap dengan    sumbangan ini akan dapat  meringankan sedikit  beban ahli keluarga  Makcik Khalsum” katanya selepas majlis penyerahan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN