SIAP SEDIA…. Sebahagian daripada peserta renang yang menyertai perlumbaan sejauh 5.5 km di Pantai tanjung Purun.
LABUAN: Peserta Malaysia mengungguli acara Cabaran Renang Merentas Selat 2023 kategori lelaki terbuka sempena penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
Dalam perlumbaan sejauh 5.5 km itu menyaksikan tiga peserta Malaysia mendapat tempat pertama hingga ke tiga.
Mereka Wong Ka Shen tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1 jam 21 minit 27 saat diikuti tempat kedua, Chin Zhung Lim dengan catatan masa 1 jam 36 minit 34 saat dan tempat ketiga dimenangi oleh Jason Ho Seng dengan catatan masa 2 jam 9 minit 23 saat.
Bagi kategori lelaki veteran, tempat pertama dimenangi oleh peserta Malaysia Bernard Foray dengan catatan masa 2 jam 1 minit 31 saat, tempat kedua dimenangi oleh peserta dari negara Britin, Mathew Austin yang mencatatkan masa 2 jam 1 minit 40 saat dan ketiga dimenangi oleh Michael Suliman dari New Zealand dengan catan masa 2 jam 5 minit 3 saat.
Dalam pada itu, peserta dari Negara Brunei Darussalam, Florence Chin menjuarai kategori Wanita Veteran dengan mencatatkan masa 2 jam 29 minit 53 saat, tempat kedua dimenangi oleh Pamela Rita dari Malaysia dengan catatan masa 2 jam 46 minit 37 saat dan tempat ketiga Claire Andrew juga dari Malaysia dengan cacatan terbaiknya 2 jam 59 minit 47 saat.
Kesemua mereka menerima hadiah berupa wang tunai masing masing bernilai RM500 (juara), RM450 (tempat kedua dan RM350 tempat ketiga dan juga medal.
Seramai 70 peserta yang melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara telah menyertai pertandingan tersebut yang juga menjadi salah satu acara utama LISC 2023 selain pertandingan Cabaran Memamcing Laut Dalam Daiwa Deep Sea Challenge 2023 dan Cross Island Swimming 2023.