Kerja membina empangan pengairan Kampung Bunsit sedang giat dilaksanakan .
Oleh: Marutin Ansiung
▪︎
KENINGAU:Para petani di kawasan Bingkor khususnya pesawah padi merasa lega dengan usaha memperbaiki empangan pengairan sawah padi di kawasan ini.
Mereka melahirkan rasa terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Bingkor Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas keprihatinan dan mengambil berat terhadap permasalahan perairan sawah di kawasan mereka.
Seorang petani di Kampung Kumawanan Puan Jamilah Bianus berkata, bagi pihak penduduk kampung, beliau berterima kasih kepada ADUN Bingkor yang begitu prihatin dan peka dengan masalah penduduk khususnya golongan petani.
“Kami beruntung mempunyai wakil rakyat yang pantas bertindak mengatasi masalah rakyat” katanya.

Pembinaan empangan saliran sawah padi Kg Kumawanan yang hampir siap.
Jamilah juga berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang kini melaksanakan kerja-kerja penyelanggaraan saliran pengairan sawah yang rosak.
Sementara itu Pengerusi JPKK Kampung Tongkongan Posius Udi yang juga sebagai petani turut berterima kasih kepada Robert yang tidak menunggu lama menyalur masalah yang dihadapi oleh rakyat kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.
“Dengan tindakan yang sedemikian sudah tentu masalah penduduk dapat diatasi segera” jelasnya.
Ketua Kampung Minansut Robert Michael juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada ADUN Bingkor itu kerana tidak mengabaikan masalah penduduk kampung jagaannya.
Beliau juga berterima kasih juga kepada JPS yang telah memainkan peranan penting dalam menyelasaikan masalah ini.

Pembunaan perparitan sawah padi Kampung Tongkungan sedang rancak dijalankan dan setakat sepanjang 300 meter telah siap.
Michael berkata, kerja-kerja yang sedang giat dilaksanakan dan yang lain telah siap untuk manfaat penduduk dalam kawasan DUN Bingkor.
Antaranya, kerja-kerja membina empangan perairan sawah padi di Sungai Menanangkung di Kampung Bunsit sedang giat dilaksanakan.
Katanya, turut menerima manfaat ini iaitu penduduk Kampung Liposu, Kampung Baru, Kampung Berungis dan sekitarnya.
Jelasnya, pembinaan empangan sawah padi di Kampung Minansut telah siap diperbaiki, setelah dihanyutkan air banjir besar pada awal tahun ini.
Selain itu pembinaan empangan untuk saliran sawah padi di Kampung Kumawanan dan Kampung Tongkungan sedang giat dijalankan dan kini hampir siap dibina.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya akan terus mengikuti perkembangan kerja-kerja penyelanggaraan saliran pengairan di kawasn sawah-sawah padi berkenaan.
Beliau berharap agar usaha ini akan memberi kemudahan dan manfaat kepada penduduk kampung yang terlibat.