25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERTEMBUNGAN 10 PENJURU WARNAI KEMPEN PRN-17 BAGI DUN BINGKOR.

Calon-Calon yang bertanding di Dun N.40 Bingkor.


OLEH: FRANCIS ANDIN

KENINGAU : Persaingan 10 calon yang bertanding di Dun N40 Bingkor menyaksikan majoriti calon muka baru dan anak muda, mewarnai kempen pilihanaraya ke-17 kali ini dikawasan ini.

Antara Calon yang bertanding Dari Gabungan Rakyat Sabah(GRS) Rafie Robert, Kennedy John Angian (UPKO) Haryady Antutu(GAS)Benedict Martin Gunir (Warisan) Thomas Anggan(PKS)Kenolee Justine(PIS) Niklos Ongoh (KDM) Ahamin Salim(Bebas)Datuk Mohd Ishak Ayub (STAR) dan Solzah Sual(SPP).

Untuk rekod kawasan Dun N.40 Bingkor sebelum ini disandang oleh bekas Pembantu Menteri Kerjaraya Datuk Robert Tawik yang menang dengan majoriti 5,070 undi menewaskan 5 calon lain pada PRN-16 lalu.

Dalam pada itu, pilihanraya kali ini juga menyaksikan pertambahan jumlah calon bagi Dun ini daripada 6 calon dalam PRN16 kepada 10 calon bertanding pada PRN ke-17 berikutan pertambahan parti baharu di negeri ini.

Sementara itu, tinjauan media disekitar hari penamaan calon yang berlangsung di dewan masyarakat Keningau, mendapati perjalanan proses yang tamat kira-kira jam 12.30 tegahari itu adalah lancar dan terkawal dengan ratusan penyokong parti-parti bertanding memenuhi komplek sukan keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN