OLEH MARRYAN RAZAN
KOTA BELUD: Pertandingan Dart Double Terbuka Kiau 2020 anjuran Nelloven Double Top Kiau yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kg.Kiau Taburi mendapat sambutan amat menggalakkan.
Pasukan dari Papar masing-masing dinobatkan sebagai juara dan naib juara, manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan dari Ranau dan Tuaran.
Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM2,000, tempat kedua RM1,000, ketiga dan keempat RM400. Kesemua pemenang masing-masing menerima medal.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick pada majlis penutupan pertandingan Dart Double Terbuka di Dewan Kg.Kiau, di sini pada malam Ahad lalu.
Ewon memuji usaha pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan acara itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk mencungkil bakat-bakat golongan belia dalam sukan dart tetapi juga mempromosikan homestay dan eko pelancongan Kg.Kiau kepada para peserta luar. –TAMAT–