ADVERTISEMENTspot_img

Persiapan penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) berjalan lancar

Gambar Walkabout…. Fadlun (dua dari kanan) bersama Sukuran(tiga dari kanan) ketika melakukan Walkabout di sekitar kawasan BFF 2025

LABUAN: Persiapan penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) 2025 yang julung kalinya diadakan di sini berjalan dengar lancar.

BFF 2025 yang akan menghimpunkan lebi h 250,00 pokok bunga pelbagai spesies dari kepulauan Borneo dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Perbadanan Labuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan selama lima hari bermula 26-30 Julai ini.

Bagi memastikan BFF yang dijangka akan disaksikan lebih 50,000 pengunjung itu berjalan lancar, Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Tpr Fadlun Mak Ujud bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib turun padang melakukan Walkabout sekitar lokasi festival berkenaan, pada Selesa.

Sementara itu, Sukuran ketika ditemui media berkata, pelbagai reka bentuk taman dan pameran bunga akan dipamerkan kepada pengunjung yang hadir.

“Antaranya Flower Alley, Borneo Rainforest Jewel, Borneo Tropical Flora, Underwater World Garden, Laman Insta dan Laman Magika yang sebahagianbesarnya merupakan spesies bunga yang didatangkan dari Kepulauan Borneo.

Seramai 33 penyertaan dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) akan menyertai pameran Garden Showcase, 22 penyertaan Garden Bazaar dan 42 penyertaan Artisan Bazaar.

” Selain itu, pelbagai pengisian aktiviti lain akan memeriahkan festival itu antaranya persembahan pentas artis jemputan, Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Pertandingan Aerodance “Blooming Energy”, Fitness Challenge dan Talent Show”, katanya!

Jelas Sukuran, majlis perasmian festival berkenaan akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN