30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persembahan Tarian Singa dan Naga Kinabalu punyai keunikannya tersendiri

Sebahagian Staf Parlimen Ranau merakam gambar dengan kumpulan Tarian Singa Kinabalu bersama Benedict (berdiri depan tengah).

RANAU: Persembahan Tarian Singa punyai keunikannya tersendiri selain menonjolkan kepelbagaian budaya  kaum  Tionghua malah landasan memupuk perpaduan dikalangan pelbagai lapisan masyarakat  di negara ini.

Demikian antara lain matlamat persembahan  kumpulan  Tarian Singa dan Naga Kinabalu yang mengadakan persembahan mereka di perkarangan Pejabat  Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi kelmarin (9 Februari).

Kumpulan Tarian Singa dan Naga Kinabalu yang ditubuhkan tiga tahun lepas telah mempersembahkan tarian ‘Ti-Ching selama lebih kurang 30 minit disaksikan orang ramai termasuk Staff Parlimen Ranau.

Pengurusnya Thung Tung Lim memberitahu, kumpulan mereka sering mendapat  undangan terutama semasa sambutan ketibaan orang kenamaan, majlis Hari Jadi, majlis Kahwin, Pindah Rumah, majlis Tunang Baharu dan banyak lagi.

Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, selaku penyelaras majlis  Sambutan, Tingsu Ganang memberitahu, kunjungan kumpulan Tarian Singa tersebut merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Tahun Baharu.

“Majlis seumpamanya juga memberi peluang kepada orang ramai dengan staff Parlimen untuk berinteraksi secara dekat sekaligus mempertingkatkkan permuafakatan dikalangan staf meskipun berbeza agama dan suku kaum”, jelas Tingsu.

Terdahulu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda ketika ditemui merakam  penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan Tarian Singa Kinabalu dengan penyertaan 10 pemain muzik termasuk empat penari Tarian Singa kerana sudi berkunjung dan membuat persembahan di perkarangan  pejabat  Parlimen Ranau.

“Kita berterima kasih atas kunjungan kumpulan  mereka dan mengharapkan tahun depan berjumpa lagi”, jelas Benedict.

Majlis berakhir dengan jamuan Tahun Baharu   secara santai di bilik mesyuarat pejabat Perlimen Ranau yang turut dihadiri staff Parlimen berkenaan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN