TEKUN..Para peserta kelihatan tekun membuat kek
KOTA BELUD: Seramai 27 peserta telah mengikuti Kursus Membuat Roti dan Kek anjuran Persatuan Wanita Kampung Piasau, di sini pada 23 dan 24 April lalu.
Kursus dua hari itu diadakan di dua lokasi berasingan melibatkan kaum wanita dari beberapa buah kampung di daerah ini iaitu Kg.Piasau, Kg. Mandap, Kg.Rangalau, Kg.Tombol, Kg.Melangkap, Kg.Tampasuk 1, Kg.Tombulion, Kg.Gaur dan Kg.Pompod.
23 April ….Membuat Roti dan Penyadiaan Hidangan Nasi Ayam 7 Minit
Terdahulu, kursus yang sama telah diadakan pada 17 April lalu bertempat di Kg.Rangalau di sini.
Jurucakap penganjur, Sanam Marculin Malun, antara pengisian kursus kemahiran itu ialah asas membuat roti, kek sponge, menghias kek dan cara-cara menyediakan hidangan Nasi Ayam.
24 April…Membuat Kek, Hiasan Kek dan Penyediaan Hidangan Nasi Ayam 7 Minit
Menurut Sanam yang mewakili pengerusi persatuan, Doris Limun, kursus tersebut dijayakan dua tenaga pengajar terdiri Kristany Ubud dan Masliah@Lisa Gunsalam.
“Para peserta turut menerima Sijil Penyertaan,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.
KEK…Sebahagian hasil kerja para peserta
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Wanita Piasau, Doris Limun, berkata antara objektif kursus ialah memberi pendadahan asas pembuatan roti dan kek seterusnya menimbulkan minat para peserta dalam bidang bakeri.
Menurutnya lagi, menerusi kemahiran yang diperolehi, peserta kelak boleh memanfaatkannya untuk menjana sumber pendapatan sekaligus meningkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.
Tenaga Pengajar…. Masliah@Lisa Gunsalam (Kiri), Kristany Ubud (Kanan)
“Persatuan akan berusaha menganjurkan krusus seumpama ini sebaik mungkin dengan peralatan yang cukup agar amali yang dilakukan oleh peserta benar-benar berkesan dan difahami.
“Dalam masa yang sama, persatuan juga mengalu-alukan peserta untuk mendaftar menjadi tenaga pengajar di kampung masing selepas ini”, jelasnya.
Sanam Marculin Malun…mewakili pengerusi persatuan, Doris Limun