Dianna (kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbagan kepada Puan Chee Wee Liang
KENINGAU: Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia,Cawangan Keningau menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Puan Dianna Basir mewakili Robert kepada Puan Chee Wee Liang,selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia,Cawangan Keningau.
Sumbangan kewangan Robert Pembantu Menteri Kerja Raya itu sebagai sokongan kepada Persatuan tersebut bagi mengadakan Mesyuarat Agung Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di daerah ini pada 3 Mei ini.
Bagi pihak persatuan Puan Chee Wee Liang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Robert memberi sumbangan tersebut.
Katanya, sumbangan ini dapat membantu meringankan kos pengurusan mesyuarat persatuan.