24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Malaysia cawangan Sandakan berkunjung ke Labuan

CENDERAHATI…Hajah Dayang menyampaikan cenderahati kepada Haji Budun.

LABUAN: Seramai 48 rombongan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Sandakan (5PMDC Sandakan) telah mengadakan lawatan muhibah ke Labuan baru baru ini.

Turut sama dalam rombongan itu ialah Persatuan Warga Emas (PAWE) Elopora Sandakan.

Rombongan yang diketuai Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan cawangan Daerah Sandakan, Haji Budun Haji Muari.

Setibanya di Labuan rombongan tersebut disambut mesra oleh Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil.

Peserta rombongan 5PM dari Sandakan bergambar kenanga di Pusat Aktiviti 5PM cawangan Labuan.

Hajah Dayang Pungut berkata, sempena dengan lawatan itu  rombongan tersebut telah di berikan taklimat berkaitan profail sejarah 5PM DC Wilayah Persekutuan Labuan serta aktiviti yang dijalankan oleh pesara guru yang menjadi ahli persatuan itu.

Antara aktiviti yang menjadi tarikan rombongan tersebut termasuklah  pelbagai jenis kraftangan  serta demontrasi pembuatan  anyamam bakul daripada material plastik oleh Hajah Alawyah Hj. Mohammad.

“Selain itu para peserta rombongan dapat menyaksikan pameran bekas mandian bagi yang diperbuat daripada kayu bulian berusia 100 tahun dan barangan dapur yang berusia lebih 75 tahun” katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun lawatan tersebut hanya sehari, namun  sungguh bermakna kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua dua pihak, tetapi juga secara tidak langsung peserta rombongan dapat mengenali pulau bebas cukai ini dengan lebih dekat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN