30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Penggiat Media Labuan bantu JPBD dapatkan bahan makanan untuk Pusat Kuarantin

SUMBANGAN….. Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal (kiri sekali) bersama Penaung Persatuan Penggiat Media Labuan, Datuk Shamsul (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr. Ismuni sambil diperhatikan Jailani (dua kanan) dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan,  Jainudin Djimin (tiga dari kiri)

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Persatuan Penggiat Media Labuan   telah melaksanakan inisatif bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Labuan dalam  mendapatkan barang makanan untuk keperluan di tiga pusat kuarantin pesakit COVID 19.

Timbalan Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jailani Hassan berkata, bantuan menerusi Program Tanggung Jawab Sosial (CSR)  Kempen Sumbang Bantuan Kepada Pusat Kuarantin telahpun bermula pada Isnin dan sumbangan tersebut telahpun diserahkan kepada JPBD yang menguruskan pusat-pusat kuarantin pesakit COVID 19.

“Sehingga semalam (Selasa) persatuan telah berjaya mengumpul 450 kg beras, 420 kg ayam beku, 80 kg sayap ayam beku,  210 tray telur ayam dan  lebih 150 kotak air minuman “ katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Labuan, pada Selasa.

SERAH ….. wakil daripada Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML)  dan wakil Datuk Shamsul menyerahkan sumbangan kepada Jailani (kiri).

Penyerahan sumbangan tersebut diterima oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

Menurut Jailani, antara syarikat dan individu yang menghulurkan sumbangan tersebut  ialah Penaung Persatuan Penggiat Media Labuan, Datuk Chin Chee Kee dan Datuk Shamsul Sahari, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Abdul Manan, Datuk Seri Mohd Alias Abbdul Rahman dan Datin Seri Norsiah @Emelda Abdullah mewakili Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML), Pengurus Labuan Supermarket,  Lee Kiat Khim mewakili syarikat  Sunyala Trading,  dan  Alex Lee dari Yuwang Trading.

Jailani berkata kempen tersebut akan berterusan untuk tempoh seminggu sehingga 30  Mei  dan persatuan akan berhubung dengan beberapa sektor korporat untuk sama sama menghulurkan bantuan  makanan sebagai salah satu  tanggung jawab sosial syarikat kepada masyarakat Labuan yang memerlukan bantuan.

Tiga pusat kuarantin  itu ialah Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, asrama Bahagian Teknologi Pendidikan  Tinggi (BTPN) dan Hospital  Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN