30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Kontraktor Sabah (PKS) turut hulur bantuan kepada golongan terjejes PKP

Seramai 300 orang penerima keseluruhan

-Jupperi Lenson-

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: Persatuan Kontraktor Sabah (PKS) menggerakan misi prihatin  dengan menghantar  bantuan keperluan  asas serta makanan kepada golongan  yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), baru-baru ini.

Presidennya, Jupperi Lenson memberitahu, lebih 200 penduduk yang telah dikenal pasti dari beberapa buah kampung dalam daerah Kota Marudu dan Pitas telah menerima bantuan yang diusahakan sendiri persatuan itu.

JUPPERI (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Kg.Mangaris 1

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 45 orang penerima adalah penduduk Kg.Mangaris 1 dan selebihnya masing-masing dari Kg.Tembolulung dan Kg.Seniton dalam daerah Pitas

“Untuk Kg.Mangaris 1, sumbangan telah saya sampaikan sendiri, manakaka untuk Kg.Tembolulung dan Seniton, telah diagihkan Naib Presiden 1 PKS, Fedelia Ikol, dibantu Junaide Abdul serta ahli-ahli PKS  Pitas.

Fedelia menyampaikan sumbangan kepada salah seorang Ketua isi Rumah di Pitas

“Semoga dengan sumbangan kecil kami ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang benar-benar susah dan memerlukan,” katanya ketika memberitahu BorneoDailyBulletin.

Menurutnya lagi, selain Kota Marudu dan Pitas, PKS akan meneruskan misi menghantar sumbangan kepada kira-kira 50 orang golongan sasar terutama mereka yang tercicir daripada bantuan kerajaan sepanjang tempoh PKP di beberpa buah kampung yang telah dikenal pasti sekitar Penampang.

TERIMA KASIH…salah seorang lagi Ketua Isi Rumah menerima sumbangan disampaikan Junaide

Pada 18 Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 daripada merebak. Namun kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 28 April 2020. TAMAT







ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN