1ROZMAN (tengah), Haji Chemat (berdiri (lima dari kanan), Rohana (beridiri enam dari kanan) bersama ahli ahli Persatuan KOntraktor G1 dan kakitangan Muzium Labuan di kawasan laluan Gedung Ubat Trail.
LABUAN: Persatuan Kontraktor G1 dengan kerjasama Muzium Labuan menganjurkan Program Jom Sehat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di Gedung Ubat Trail, Bukit Kubung pada Ahad.
Seramai 30 ahli persatuan itu termasuk kakitangan dan pegawai dari Muzium Labuan dan Muzium Chemney menyertai program tersebut yang bermula seawal jam 6.30 pagi.
Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengarah Jabatan Muzium Labuan, Rohana Husin dan Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan (Tourism Malaysia) Wilayah Persekutuan Labuan, Nor Hidayah Mohd Nor.
Menurut Pengerusi Persatuan Kontraktor G1 Labuan, Haji Chemat Haji Mustapha, program tersebut bertujuan untuk mempromosikan amalan hidup sihat disamping untuk memelihara kebersihan dan memulihara alam sekitar di sepanjang laluan Gedung Ubat Trail.
PENERANGAN…. Nurlina (kiri sekali) memberikan penerangan mengenai penumuan arang batu yang terdapat di laluan Gedung Ubat Trail.
Katanya, kehadiran Datuk Rozman yang juga Penaung Persatuan Kontraktor G1 turut menyuntik semangat para peserta yang hadir untuk melaksanakan kerja kerja mengutip sampah sarap (bahan kitar semula) disamping memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan dengan kakitangan jabatan Muzium dan orang ramai.
Selain melaksanakan kerja kerja tangung jawab sosial para peserta juga didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi majlis penerangan mengenai keunikan warisan sejarah yang terdapat di Gedung Ubat serta warisan semula jadi Geotapak Tanjung Kubung.
Majlis penerangan di sampaikan oleh Ketua Muzium Chemney, Jabatan Muzium Labuan, Nurlina Hamza.
Sebanyak 20 beg plastik sampah (bahan kitar semula) berjaya di kumpulkan oleh para peserta untuk dilupuskan di tempat perlupusan sampah.