Yazid….Kelonggaran untuk membolehkn rakyat menjalankan aktiviti harian.
KENINGAU:Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau, Gana, Nabai Sabah (KGNS) menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memberi kelonggaran aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) 3.0 yang bermula 29 Jun lalu.
Timbalan Presidennya Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, Kerajaan Negeri Sabah perlu diberi kebenaran untuk mengurus tadbir pelaksanaan Prosuder Operating Standard ( SOP) bagi Negeri Sabah.
Katanya, Ketua Menteri Sabah sangat memahami perasaan rakyat dan mengetahui keadaan rakyat di merata tempat di Negeri ini.
“Kerajaan Pusat sepatutnya memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Sabah dan bersama sama mengangani wabak Covid-19 di Negeri ini. Bukannya pula menyekat atau menghalang apa yang dicadangkan olh kerajaan Negeri seperti apa yang diumumkan oleh Ketua Menteri” tegas Yazid.
Yazid berpendapat, sebelum Ketua Menteri membuat pengumuman kelonggaran tersebut sudah tentu beliau telah meminta pandangan, pendapat dan cadangan dari pelbagai pihak diperingkat Negeri.
“Dengan kelonggaran tersebut, bukan bermakna kerajaan tidak menitik berat terhadap SOP yang ditetapkan. Kelonggaran ini adalah untuk membolehkn rakyat menjalankan aktiviti harian mereka dalam mencari sumber kehidupan dengan mengamalkan SOP. Dan begitu juga sektor ekonomi dapat berjalan operasinya” jelasnya.
Walau bagainanapun katanya, rakyat perlu menjaga SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, tidak berkumpul beramai-ramai dan sebagainya yang boleh mengundang jangkitan Covid-19.
Pada masa sama katanya, Kerajaan Sabah juga perlu merangka pelan tindakan segara agar memberikan vaksin kepada rakyat dapat dipercepatkannya.
Tambahnya, Kerajaan Pusat juga perlu mempertingkatkan komitmen mereka untuk penghantaran vaksin ke Sabah dengan segara.
Ini katanya, kerana pada masa ada Pusat Pemberian Vaksin (PPV)di Negeri ini sudah kehabisan bekalan.
Difahamkan bahawa sejak kebelakangan ini hanya vaksin dos 2 untuk diberikan diteruskan sementara dos 1 terpaksa ditangguhkan.